Jurulatih Jerman kantoi menipu sijil vaksinasi Covid-19

Oleh MHDAILY

Jurulatih Jerman kantoi menipu sijil vaksinasi Covid-19. Seorang jurulatih Jerman digantung daripada aktiviti bola sepak selama setahun dan didenda 20,000 euro (RM94,200) selepas mengakui menggunakan dokumen palsu untuk membuktikan sudah mengambil suntikan vaksin Covid-19 sepenuhnya.

Markus Anfang dipecat kelab divisyen dua, Werder Bremen, November tahun lalu selepas beliau serta penolong jurulatihnya, yang turut dipecat, didapati menggunakan sijil palsu.

Kedua-duanya juga cuba menipu pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk mengelak menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat.

Baca Artikel Penuh