Raih pendapatan RM50,000 sebulan, anak yatim berumur 16 tahun ini buka mata ramai

Oleh MHDAILY

Raih pendapatan RM50,000 sebulan, anak yatim berumur 16 tahun ini buka mata ramai. Ketika kawan-kawanya sibuk dengan kerja sekolah, lain pula kisahnya dengan seorang remaja di Kampung Seberang Takir, di sini yang sudah hampir bergelar seorang usahawan dan sibuk bergelumang dengan udang gagau serta ikan bilis yang diusahakannya sendiri selepas kematian ibu bapanya.

Mohd Aimy Shahril Mat Ali yang baru berusia 16, berkata, dia mula didedahkan dengan perusahaan membuat belacan dan ikan bilis ketika berusia 13 tahun oleh arwah bapanya, Mat Ali Sulong.

Selepas pemergian ibunya sembilan tahun lalu dia dijaga sepenuhnya oleh bapanya yang memberi tunjuk ajar menguruskan perniagaan itu. “Bapa saya baru meninggal dunia bulan lalu namun perusahaan membuat belacan dan ikan bilis ini saya urus sejak empat tahun lalu dengan tunjuk ajar arwah bapa ketika itu.”

Baca Artikel Penuh