Tragedi terjunan Rope Swing, kesilapan teknikal bawa bencana kepada wanita ini

Oleh MHDAILY

Tragedi terjunan Rope Swing, kesilapan teknikal bawa bencana kepada wanita ini. Keinginan seorang gadis melakukan terjunan rope swing Ahad lalu di Kuala Kubu Bharu berakhir dengan ujian apabila kabel yang mengikatnya mengalami kesilapan teknikal sebelum Siti Halijah Abd Rahim, 33 terjatuh ke dalam sungai dan tubuhnya terhempas ke sungai tersebut dari ketinggian 10 meter.

Difahamkan Siti Halijah berkeinginan melakukan terjunan rope swing malah sempat memuat naik gambar terakhir sambil memegang placard Don’t Tell My Mom sebelum melakukan terjunan tersebut.

Dalam satu perkongsian dibuat adiknya, Mohamad Yakub di fbnya, dia memaklumkan kakaknya sudah selamat menjalani pembedahan memasang lapan skru di bahagian L4, L3, L2 dan pembedahan dibuat segera semalam untuk menyelamatkan urat kaki kakaknya dari gagal berfungsi selepas tragedi tersebut berlaku.

Baca Artikel Penuh