Jangan terlambat pohon bantuan tambahan BKM RM500

Jangan terlambat pohon bantuan tambahan BKM RM500. Pendaftaran baru dan kemas kini untuk permohonan Bantuan Keluarga Malaysia kini boleh dilakukan sehingga tarikh tutup 31 Januari 2022.

Tahukah anda, kerajaan juga telah umumkan bantuan tambahan BKM sehingga RM500 kepada golongan yang layak.

Bantuan Tambahan RM500

Apakah yang dimaksudkan dengan bantuan tambahan ini?

Kadar tambahan dalam Bantuan Keluarga Malaysia ini merupakan bantuan tambahan sebanyak RM300 hingga RM500 kepada golongan isi rumah.

Siapa Yang Layak?

Golongan yang layak adalah kategori isi rumah yang berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak tanggungan dan juga isi rumah yang berstatus Warga Emas.

  • Syarat Kelayakan IBT & Warga Emas
  • Dalam kategori isi rumah;
  • Mempunyai anak tanggungan yang menepati syarat;
  • Pendapatan RM2,500 & ke bawah atau RM2,501 – RM5,000.

Jumlah Bayaran Tambahan

Tambahan RM500 kepada isi rumah berstatus IBT (Ibu Bapa Tunggal) & tambahan RM300 kepada isi rumah berstatus Warga Emas.

Anda boleh rujuk jadual bayaran di bawah untuk fahaman lanjut :

Jangan terlambat pohon bantuan tambahan BKM RM500

Baca Juga : 31 sebab mengapa anda tidak layak dapat BKM 2022

Contoh : Kelayakan asas untuk isi rumah yang berpendapatan RM2,500 ke bawah dan mempunyai 3 orang anak adalah sebanyak RM2,000.

Namun, jika anda merupakan ibu tunggal, secara automatik anda layak dapat kadar tambahan sebanyak RM500 menjadikan bantuan BKM anda sebanyak RM2,500.

Info Lanjut

Jika anda telah buat semakan BKM dan status mengenai maklumat pasangan anda masih belum ditukar, sila kemas kini maklumat tersebut dengan segera sebelum tarikh tutup.

Baca Juga : Rupanya siram pokok durian waktu malam jadi punca tekanan air rendah, dedah MB Kedah
Penduduk terkejut kapal selam timbul ditengah bandar Itali
China pernah gagal dalam pelaksanaan RFID, ini cara mereka perbaikinya…