Jiran sanggup rosakkan kolam ikan keluarga ni, dengki tengok makin maju

Oleh MHDAILY

Jiran sanggup rosakkan kolam ikan keluarga ni, dengki tengok makin maju. Sudah menjadi lumrah dalam perniagaan terdapat turun dan naiknya. Walau bagaimanapun, sudah pastinya ramai peniaga yang mengharapkan perniagaan yang diusahakan terus berkembang dalam usaha mencari rezeki membantu diri sendiri serta keluarga.

Dalam pada itu, lain ceritanya dengan perniagaan yang diusahakan oleh sebuah keluarga di Kuala Lipis, Pahang ini apabila perniagaan sewaan kolam memancing yang diusahakan pada tanah pusaka ini musnah sekelip mata.

Berdasarkan perkongsian Facebook Kolam Pancing Tok King, situasi yang berlaku berpunca daripada terdapat manusia yang melihat perkembangaan perniagaan keluarga mereka sehingga sanggup melakukan khianat dengan memusnahkan ikan di kolam tersebut.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Jiran sanggup rosakkan kolam ikan keluarga ni, dengki tengok makin maju

Lebih menyayat hati, perniagaan yang diusahakan baru sahaja bertapak 2 tahun sebelum dilanda musibah yang melihatkan bangkai-bangkai ikan tersadai sekaligus merugikan keluarga ini yang turut terdiri daripada ibunya sendiri.

Perkongsian sayu yang dimaklum di Facebook telah meraih perhatian netizen yang telah meluahkan rasa sedih atas musibah yang berlaku. Tidak kurang juga yang mendoakan agar keluarga ini dapat kembali mencari rezeki menerusi perniagaan yang diusahakan.

Malah, terdapat netizen yang sudah memasang niat untuk ke kolam ikan ini pada hujung minggu ini sebelum terpaksa membatalkan perancangan.

Didoakan semoga keluarga ini dapat kembali bangkit dalam mengusahakan perniagaan sewaan kolam ikan sekaligus terus berkembang dengan jayanya.

@kolampancingtokking Semoga ada yg sudi membantu ummi #kolampancingtokking #fpy #fypシ #ummibangkit @Qu Putra @Man87 @johnn ♬ Penyejuk Hati – Instrumental – Asraf Studio

BACA:

“Sanggup jual buah pinggang hanya untuk beli iphone 14”

Suka hati potong barisan, kereta Exco Johor kena saman

Ada 150 Juta pengikut, Khaby Lame terima RM3.4 Juta bagi setiap video tiktok