3 bulan lebih tak balik, aku pelik rumah tak ada habuk langsung, terjumpa rambut uban putih panjang..

3 bulan lebih tak balik, aku pelik rumah tak ada habuk langsung, terjumpa rambut uban putih panjang..Aku akui aku agak naif sebab langsung tak siasat dulu baca review dulu ke, entahlah. Walaupun rumah di pandangan mata kasar kelihatan agak suram seram mungkin.

Aduhh. Tapi aku mengaku aku agak berani orangnya aku pun tak tahu, apa yang mendorong aku menjadi berani seperti itu.

Malam pertama aku tidur sendirian dirumah sewa tersebut maaf cakap, aku kalau tidur mesti bergelap memang tak suka cahaya. Tepat pukuI 12 malam, ketangggggggg! Kedengaran bunyi benda berdentum jatuh menghentam lantai dari luar bilik.

Aku betul-betul terkejut, terjaga je dari tidur terus spontan bukak lampu, keluar dari bilik tapi.. aneh! Tiada apa-apa pun. Seriuslahh.

Bunyi bukan main kuat tadi hmmm. Sambung baliklah tidur, aku mimpi kut! Malam seterusnya, aku pergi iron baju dalam bilik tengah, dekat rumah ni ada tiga buah bilik semuanya.

3 bulan lebih tak balik, aku pelik rumah tak ada habuk langsung, terjumpa rambut uban putih panjang..

Kau bayangkan tengah iron baju, boleh pulak dengar bunyi pintu berkeriuk. Krekkkkkk. Krekkkkk… bunyi ni berulang – ulang.

Dan buat sekian kalinya aku sangka anak jiran main pintu bilik agaknya. Husnuzon betul aku.

Malah, malam-malam lain pun aku diganggu dengan bunyi yang pelik-pelik tapi aku tak berani nak cerita dekat suami aku, entah apa lah yang aku fikir aduhai. Dah pindah terp4ksa hadap jela kan janji rumah dekat dengan tempat kerja, jimat giIa hah!

Sudahnya kena ganggu lagi. Bunyi guli. Aku pun tak pasti tapi bunyi tu macam bunyi guli ataupun duit syiling jatuh atas lantai aduh memang kerap kedengaran siang malam. Kadangkala, waktu aku penat balik kerja, belum mandi lepak dekat ruang tamu sambil layan mata.

Tingggg… tingggggg… tinggggg… Berdenting denting dan lagi. Aku masih fikir tu anak jiran punya kerja main guli! B0doh takk. Aku pun tak faham apehal pahIawan sangat aku ni! Haha. Bukan itu saje, aku pun pernah rasa bila waktu mandi saja, dalam toilet, seakan akan rasa macam ada satu hembusan nafas saja dekat bucu telinga aku seram weh. Memang seram.

Kalau mandi saja tak kira masa, mesti ada simen kecil-kecil dari bumbung toilet tu jatuh atas rambut setiap kali mandi. Kenapa ehhh? Puas aku fikir bila pandang atas tak ada apa-apa, hairan sungguh. Nak dijadikan cerita, aku ni memang kuat pelupa mungkin pembawakan baby kut.

Kalau masak nasi, selalu sangat saki baki nasi dalam periuk tu lupa aku nak cuci. Kadang -kadang aku beli nasi bungkus maklumlah tinggal sorang sudahnya dua tiga hari jugalah aku terlupa nak cuci periuk nasi. Kau bayangkan selepas dua tiga hari, aku buka periuk nasi tu tapi nasi masih dalam keadaan elok tak basi. Kau rasaaaa???!!

Dan setiap hari banyak kejadian kejadian aneh yang lain berlaku selama aku menyewa di situ panjang sangat kalau nak cerita semua sampailah aku berjaya beli rumah sendiri dalam daerah yang sama. Tapi tu la, lama juga aku menyewa rumah tu nak dekat dua tahun kut.

Sampailah aku bersalin anak pertama aku cuti selama tiga bulan. Bila datang balik kau bayangkan aku tinggalkan rumah sewa tu selama tiga bulan. Rumah langsung tak ada sawang, tak ada habuk. Lantai elok-elok saja. Seolah-olah. Macam ada penjaga! Emm. Pelik!

Suami aku minta aku tunggu dulu dalam kereta, dia masuk nak azankan di setiap penjuru rumah sewa tu. Alhamdulillah, kejadian- kejadian aneh dan pelik tu macam, entahla nak cakap dah slow sikit berbanding dulu sebelum aku bersalin.

Tapi.. Tadi aku cerita kan. Dah beli rumah baru nak pindah dah. Jadi, lepas rumah siap untuk pindah, aku dan suami kemas rumah clear barang malam tu. Rupanya tak habis dekat sini. Ada lagi.. Masa aku tengah kemas lipat baju.

Aku terjumpa uban putih. Panjang rambutnya! Aku belekkk. Mak ai. Ni bukan benang. Aku tarikkk, putvs macam rambut kauuu! Nahhh. Memang meremang bulu roma aku habis tegak! Maksudnya. Yang selama dok ganggu aku tu, mungkin makhluk halus yang menyerupai orang tua kah?! Ai. Seram lah hai…

Sebelum pindahh, sempat salam salam minta maaf dengan makcik tua jiran depan rumah aku. Dia cerita macam-macam pada aku! Katanya, ada budak bujang pernah sewa rumah tu dulu tapi tak tahan kena gangguan.

Gangguan sebijik macam aku kena paling sama part rasa nafas di bucu telinga dalam toilet tu! Allah.. Baru sekarang ye makcik tu nak bagitahu, mungkin tak nak aku takut kot. Alhamdulillah Allah tak bukak hijab aku untuk nampak dia selama dua tahun aku menyewa di situ! Sampai sini jela eh cerita aku. Jumpa lagi.. – Aima (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hafizah Mahfuzah Naim : Saya pernah duduk rumah sewa dengan kawan-kawan masa degree, mula-mula okay je. Tapi lepas naik sem baru saya start sakit pinggang, tak boleh rukuk dan sujud bila solat. Bila keluar pergi kelas kurang sakitnya.

Bila balik rumah sewa memang sakit yakmat. Hari demi hari sakit belakang yang sikit-sikit tu sampai saya jalan terbongkok-bongkok macam nenek tua. Lepas saya kena tu housemates pun ada yang kena kacau like tido sebilik, dia ingatkan orang tu roommate dia tapi roommate dia tu tido bilik sebeIah malam tu, ada yang dengar bunyi orang humming lagu malam-malam buta tapi dia sorang dalam bilik. Saya jela yang teruk sikit sebab jadi bongkok dua bulan.

Aida Noorsal : Dulu masa duduk kondo memang slalu dengar bunyi guli dan perabut di tarik di atas. Lepas 5 tahun saya tukar lantai kepada laminate flooring. Jadi satu rumah kecuali dapur contractor tu kena ubah barang dan pasang.

Lepas siap dalam 3 hari, macam-macam bunyi jatuh dengar macam meng4muk. Kuat pulak tu bila tengok tak ada apa-apa. Mungkin contractor tu terpijak ke kacau tempat jiin ni melepak kat atas almari ke. Dekat dapur; hood sedut asap tu banyak kali juga terpasang sendiri.

Alhamdulillah masa tu baru lepas dengar ceramah sayaeikh Qadi tentang jiin; memang tak takut dah macam dulu-dulu. Sebab sayaeikh Qadi cakap jiin ni makhluk seperti kita dan envy Allah lantik manusia untuk jadi khalifah di bumi; The only way to show their power adalah dengan menakut-nakutkan kita.

Masa kena tu terus baca ayat kursi dan 3 Qul dan cakap jangan ko nak ngada-ngada kacau rumah aku. Lepas tu macam senyap dah. Memang kena selalu pasang ayat Al-Quran di rumah dan kena mengaji sendiri baru kurang gangguan.

BACA:

Yayasan Keluarga Malaysia buka jawatan kosong

“Dah macam mak nyah..” – Netizen tergelak tengok Ayda Jebat bergaya ala Cleopatra

Nabila Huda mengamuk dengan netizen suka rakam tanpa izin