“Sanggup jual buah pinggang hanya untuk beli iphone 14”

Oleh MHDAILY

“Sanggup jual buah pinggang hanya untuk beli iphone 14”. Persatuan Palang Merah Thailand menggesa orang ramai supaya tidak membuat keputusan tidak masuk akal dengan menjual buah pinggang, hanya semata-mata untuk membeli iPhone 14 yang dilancarkan baru-baru ini.

Menurut laporan Coconuts Bangkok, gesaan itu dibuat sebagai respon terhadap penularan sekeping gambar yang menunjukkan tiga orang individu memegang iPhone sambil menunjukkan bahagian pinggang yang bertampal dengan kain.

Walaupun gambar berkenaan yang dipercayai berasal dari Laos dikatakan disebar sebagai gurauan semata-mata, namun pihaknya bimbang sekiranya ada pihak yang benar-benar mengambil serius dengan perkara tersebut.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

”Tiada aktiviti penjualan organ seperti ini. Ia adalah dilarang. Amat tidak sesuai apabila ada pihak cuba mempromosikan aktiviti penjualan organ. Tidak bermoral dan tidak beretika,” kata Sophon Mekthon, wakil Pusat Derma Organ Persatuan Palang Merah Thailand.

Terdahulu, sebuah klinik kecantikan di Laos memuat naik gambar berkenaan di media sosial dan secara pantas menjadi tular, termasuk di Thailand.

"Sanggup jual buah pinggang hanya untuk beli iphone 14"

Perkongsian semula gambar berkenaan turut mendapat perhatian warga maya negara Gajah Putih itu yang meninggalkan pelbagai komen.

Rata-rata, walaupun memahami gambar berkenaan hanyalah untuk tujuan bergurau, merasakan ia tidak sesuai untuk disebarkan.

Jenaka ‘jual sebelah buah pinggang’ untuk membeli iPhone bukan perkara baharu dan ia turut popular di banyak negara, termasuk di Malaysia. Ini memandangkan harga jualan produk Apple itu dianggap premium dan diluar kemampuan oleh banyak pihak.

Di Malaysia, harga jualan barisan iPhone 14 difahamkan bermula daripada RM 4,199 dengan model tertinggi, iPhone 14 Pro Max 1TB berharga RM 8,299.

BACA:

Suka hati potong barisan, kereta Exco Johor kena saman

Ada 150 Juta pengikut, Khaby Lame terima RM3.4 Juta bagi setiap video tiktok

Mas Idayu kini isteri orang selepas 15 tahun kesunyian