Isu KP SPRM : Speaker Dewan Rakyat tolak usul tergempar dari pembangkang

Oleh MHDAILY

Isu KP SPRM : Speaker Dewan Rakyat tolak usul tergempar dari pembangkang.Ahli Parlimen pembangkang ‘mencuri’ masa kira-kira 15 minit sebaik sidang mesyuarat khas Parlimen bermula dengan merujuk buku aturan mesyuarat supaya turut dibincangkan isu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Sebaik Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun hendak memulakan sesi sidang, Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pulai-Amanah) bangun meminta Speaker merujuk usulnya mengenai skandal pemilikan saham oleh Azam.

“Saya minta isu Azam dibahaskan hari ini. Isu ini penting demi integriti SPRM,” katanya.

Baca Artikel Penuh