Dividen KWSP 2021 : Berapa sebenarnya anda dapat, ini cara untuk membuat semakan. Penyata tahunan 2021 akan memaparkan caruman bertarikh 01/2021 (potongan gaji bulan Disember 2020) sehingga caruman 12/2021 (potongan upah/gaji bulan November 2021); sekiranya majikan membuat bayaran caruman pada tempoh yang dinyatakan.
Laporkan kepada pihak kwsp jika laporan KWSP anda tidak teratur.
Dividen KWSP 2021 (Tahun Kewangan 2020)
27 Februari 2021: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dividen yang diberikan ialah sebanyak 5.2 % dan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion untuk Simpanan Konvensional, dan 4.9 % untuk Simpanan Shariah dengan agihan RM4.76 bilion.
Lihat cara membuat semakan dividen KWSP bagi ahli-ahli yang mencarum, di mana jumlah dividen ini akan dikreditkan ke i-Akaun masing-masing.
Apakah Dividen KWSP?
Akta KWSP 1991, Seksyen 27,mengatakan bahawa jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli.
Maknanya, ahli kwsp terjamin akan mendapat minimum kadar dividen sebegitu setiap tahun.
Bagaimana Cara Semakan Dividen KWSP?
Sila layari www.kwsp.gov.my
Sila pergi kepada ikon Login
Sila masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan
Sila tekan View Details di bahagian menu Dividend
Perincian Dividen tahun 2020 akan dipaparkan
Layari Aplikasi i-Akaun
Untuk makluman anda, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui aplikasi di bawah selain melayari laman web KWSP :
Aplikasi i-Akaun di Google Apps Store
Aplikasi i-Akaun di Apple Apps Store
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun , sila rujuk saluran di bawah:
Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP : 03-89226000
Laman Web pautan : KLIK DI SINI