Fikry Ibrahim diganti dengan Aiman Hakim dalam Nusyuz Berkiblat Cinta cetus persoalan

Fikry Ibrahim diganti dengan Aiman Hakim dalam Nusyuz Berkiblat Cinta cetus persoalan

Fikry Ibrahim diganti dengan Aiman Hakim dalam Nusyuz Berkiblat Cinta cetus persoalan. Drama fenomena Nusyuz Berkiblat Cinta (NBC) yang dijadualkan melabuhkan tirainya malam ini bakal menyaksikan ketiadaan pelakon utama, Fikry Ibrahim pada pengakhiran cerita.

Mengulas mengenai perkara tersebut, pengarahnya, Hadith Omar berkata, Fikry sudah memberikan sepenuh komitmen namun berdepan dengan urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.

“Ketika di penghujung penggambaran NBC, kami menerima berita mengenai ibunya yang tidak sihat.

“Sepatutnya Fikry sudah habis penggambaran, namun kerana skrip episod akhir masih dalam proses penulisan, Fikry, tetap memberi komitmen kepada kami.

“Dia cuba sehabis baik untuk menghabiskan penggambaran drama, tetapi untuk beberapa hari terakhir, kesihatan ibunya semakin merosot.

“Jadi saya berbincang dengan pihak berkaitan untuk bersedia dengan perancangan lain. Namun begitu, Fikry masih meneruskan penggambaran bagi menghabiskan babak-babak penting,” katanya.

Fikry Ibrahim diganti dengan Aiman Hakim dalam Nusyuz Berkiblat Cinta cetus persoalan

Mengulas mengenai kemunculan Aiman Hakim membawakan watak Syazwan dalam NBC, Hadith berkata, perkara tersebut dilakukan untuk menguatkan jalan cerita.

“Kemunculan Aiman Hakim adalah untuk menguatkan lagi kisah mengapa Hawa (Emma Maembong) menjadi wanita yang sebegitu dan untuk menunjukkan sisi Hawa yang berbeza.

“Aiman melakonkan watak sebagai Syazwan bekas teman lelaki Hawa yang meninggalkan Hawa disaat mahu melamar Hawa untuk menjadi isterinya,” katanya.

Pada masa sama, Hadith berharap episod akhir drama arahannya itu dapat mendidik penonton dan mereka berpuas hati dengan pengakhiran cerita.

“Harapan saya untuk episod akhir ini semoga semua peminat drama ini akan terhibur dan berpuas hati dengan pengakhiran naskhah ini.

“Ini adalah yang terbaik kami dapat hasilkan dengan kekangan waktu yang ada. Semoga pengajaran yang baik dapat digunakan dan apa yang tidak baik itu dapat dijadikan ikhtibar,” tuturnya.

Drama NBC ditayangkan pada setiap hari Ahad pukul 9 malam mulai 3 Apil hingga 15 Mei secara eksklusif dalam saluran Astro Ria 104 serta turut boleh ditonton melalui aplikasi Astro Go dan On Demand.

BACA:

Kerajaan lulus tiga syarikat kredit beri pinjaman dalam talian

Gambar MK K-Clique pegang tangan teman wanita tular, rupanya kekasih anak kenamaan

Orang ramai persoal mana kutipan tol berjuta-juta, lampu lebuhraya pun tak boleh buat

CATEGORIES