Gambar MK K-Clique pegang tangan teman wanita tular, rupanya kekasih anak kenamaan

Oleh MHDAILY

Gambar MK K-Clique pegang tangan teman wanita tular, rupanya kekasih anak kenamaan. MK (K-Clique) ada memuat naik foto bersama seorang wanita dengan kapsyen romantis dan memberitahu hatinya sudah dimiliki. Dia turut meletakkan pautan akaun Instagram @hajaarsitii pada gambar tersebut.

Terkini, menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok @sugardoll.finie, penyanyi lagu ‘Pulang’ itu kelihatan hadir di sebuah majlis rumah terbuka bersama kekasihnya dengan memakai baju sedondon berwarna hitam.

Dalam video tersebut, MK atau nama sebenarnya Muhamad Hairi Amin Hamdan, 26, dilihat sedang berjalan sambil memegang tangan seorang wanita sehingga membuat peminatnya patah hati.

Baca Artikel Penuh