Harga yang terlalu mahal. Anda hanya perlu membuang air kecil dalam seluar untuk mendapatkan kesan seperti ini,”
Sebuah jenama fesyen mewah telah mendedahkan rekaan terbaharu mereka yang dikenali sebagai Stain Stonewash Jeans,
seperti dilaporkan oleh laman berita NDTV semalam.
Jordanluca mempersembahkan rekaan tersebut di pentas peragaan semasa pertunjukan fesyen musim luruh/sejuk 2023.
Seluar jean itu menampilkan tompokan gelap di bahagian pangkal paha, memberi kesan seolah-olah pemakainya secara tidak sengaja telah membuang air kecil.
Walau dengan harga asal AS$811 (RM3,871), koleksi itu kemudiannya dijual dengan diskaun, ditawarkan pada harga AS$608 (RM2,902).
Rekaan yang mengagumkan itu menarik perhatian ramai, dengan netizen memberikan pelbagai reaksi.
“Harga yang terlalu mahal. Anda hanya perlu membuang air kecil dalam seluar untuk mendapatkan kesan seperti ini,” komen seorang pengguna media sosial.
“Anda bukanlah seorang yang hebat kecuali jika anda membuang air kecil dalam seluar,” kata pengguna lain.
BACA: ‘Datang ni nak sondol siapa?’ Tular semula video Janna Nick perli Ruhainies penyondol