“Selalu aku yang masak, basuh pinggan pun harapkan aku, cuti hujung minggu pun aku kena masak, aku suami dia ke, ustaz tu suami dia?”

Aku dah kahwin enam tahun. Tapi isteri tak pernah ambil tahu makan minum aku. Kejap lagi ada la perempuan cakap, masak bukan tugas isteri.

Isteri bukan orang gaji. Betul la tu isteri bukan orang gaji. Aku selalunya yang masak. Basuh pinggan pun aku.

Setiap kali cuti pun aku yang masak. Dia perlu makan dan rehat dengan anak. Aku tak kisah pun kalau masa cuti dia nak aku masak untuk dia dan anak – anak.

Tapi sekurang – kurangnya masa hari kerja aku harap dia tolong sediakan makanan untuk aku sebagaimana aku melayani dia.

Kalau dia tak tahu masak atau dia malas memasak, dia boleh belikan untuk aku di luar.

"Selalu aku yang masak, basuh pinggan pun harapkan aku, cuti hujung minggu pun aku kena masak, aku suami dia ke, ustaz tu suami dia?"

Tolong belikan pun dah cukup. Sebab aku dari tempat kerja aku terus balik ke rumah. Ulang alik pergi dan balik 4 jam. Penat satu badan.

Aku tak mampu nak masak untuk diri sendiri. Kepala tu fikir nak makan kemudian rehat, tidur je. Tapi bila balik dengan badan letih, dengan perut lapar. Dia langsung tak ambil tahu pasal aku makan ke belum. Selalunya aku tidur dalam keadaan lapar.

Rasa hampa isteri tak ambil tahu makan minum aku seperti mana aku ambil berat tentang dia. Aku tak pernah harapkan dia pandai masak atau rajin masak. Hanya cukup dia ambil tahu aku makan ke tidak, ada usaha nak sediakan makanan untuk aku. Beli pun dah okey.

Korang tak payah cakap bagi nafkah. Bab nafkah aku bagi cukup. Separuh dari gaji aku dah berikan untuk dia. Untuk mak ayah pun aku jarang beri duit, janji isteri aku ni dapat nafkah cukup. Disebabkan ada ustaz atau ustazah cakap masak bukan tugas isteri, jadi terus tak ambil tahu makan minum suami. Jadi buat apa kahwin? Baik hidup bujang.

Aku dah slow talk dengan dia dan sekarang dia tengah merajuk. Kejap lagi balik kerja aku pujuk lah. Tapi kalau tak berubah jugak mungkin cari bini no 2 la kot kan. Tak la aku gurau je. Apa yang aku faham, suami isteri kena bekerja sebagai satu kumpulan untuk imbangkan rumah tangga.

Kalau nampak isteri dah sibuk masak, si suami tolong jagakan anak atau bantu isteri basuh pinggan. Kalau suami dah ambil alih tugas memasak, sekurang – kurangnya masa dia kerja you as wife tolong ambil tahu makan minum dia masa dia sibuk. saling bantu membantu.

Suami isteri perlu saling ambil berat. Saling jaga sebab we are couple yang akan sama – sama pimpin tangan ke syurga. Aku cuba jadi yang terbaik kerana aku sangat sayangkan dia. Dia bukan isteri yang buruk, cumanya dia kurang ambil berat bab makan minum aku.

Aku kongsi di sini supaya ada kalau ada isteri lain yang terbuat hal yang sama, tidak ulang benda ni. Suami yang pulang dari kerja selalunya penat dan lapar, nak ambil hatinya just sediakan makan dan minum. Dia habis kerja pun rasa happy dan tak sabar balik rumah sebab isteri dah sedia makan.

No need layan macam raja, tapi cukup ada makanan yang dia boleh isi perut dia yang lapar. Akak – akak, makcik – makcik, datin dan kaum wanita tak perlu tr1gger dengan confession aku ni. Aku tak pernah layan isteri aku macam orang gaji.

Sekali lagi aku cakap, selalunya memasak aku yang ambil tugas tu. Just mengharap isteri aku ambil tahu makan minum aku pada hari aku kerja kerana aku sangat letih tak mampu nak masak. Beli pun dah okey. At least ada makanan untuk aku alas perut di rumah. – Papa (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Aini Qamariah : Akak rasa, bini ko tak sayang ko. Hahahahah takde lah takde lah. Akak gurau.. Bini ko terlalu dimanjakan. Tu je. Ko pun manjakan kan dia juga. Salah ko jugalah sikit kat situ. Communication is the key to happy marriage. Balik ni dia merajuk ko pujuk tu dah betul.

Tapi, bukan lah memujuk sampai back to square one. Masalah tak selesai. Ajaklah bincang sama – sama. Nak bincang ni kuncinya ialah, guna ayat – ayat yang baik, perkataan baik – baik, jangan banding – banding, jangan prov0ke – prov0ke. Dan jangan asyik pin point kelemahan dia.

Dalam ko tegur tu sulamkan ayat macam “i tahu, i salah sebab sejak..” begitu. Kira ko ngaku salah dulu, baru tegur dia. Perempuan ni complicated. Akak sendiri tak paham diri akak.

Masaniza Ibrahim : Cakap je terus terang bang, jangan pendam – pendam. Lagi lama abang pendam lagi dia anggap macam semuanya okay. Suami aku ok je aku tak masak, aku tak hidangkan makan, aku tak teman makan, suami aku bagi je nafkah.

Mentaliti ni la tak patut ada. Suami dah cari nafkah, jadi isteri jalankanlah tanggungjawab kita. Tak nak masak, cakap je ni lauk saya dah beli untuk abang. Sekurangnya sejuk hati suami balik kerja penat – penat ada yang layan makan teman makan.

BACA: 3 hari aku tak nampak housemate makan dekat kantin, malam tu diam-diam aku selit sesuatu bawah bantal”, sekali ini yang jadi