Iklan jawatan kosong Majlis Bandaraya ini raih sindiran netizen, ramai dedah sebab dalam komen

Satu perkongsian daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di sebuah daerah di Kedah mendapat perhatian di media sosial kerana komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Dalam perkongsian tersebut, PBT tersebut mengumumkan kekosongan jawatan pembantu awam

Dan pekerja sambilan harian yang dipaparkan di satu kumpulan Facebook penduduk tempatan.

Namun, perkongsian ini mendapat reaksi negatif daripada warga maya yang kebanyakannya skeptikal dan tidak yakin akan ketelusan proses pengisian jawatan tersebut.

Selain itu, dari komen yang ditinggalkan, ramai mendakwa bahawa kekosongan tersebut sebenarnya sudah ada calon tertentu di kalangan pihak pentadbiran itu sendiri.

Iklan jawatan kosong Majlis Bandaraya ini raih sindiran netizen, ramai dedah sebab dalam komen

Mereka menyifatkan iklan yang dipaparkan sebagai sekadar ‘wayang’ dan hanya dianggap sebagai syarat formal bagi pengisian jawatan tersebut.

BAca: “Setiap kali masuk dapur, semuanya salah, cara masak nasi salah, cara rendam beras salah, rasa macam menyesal pula kahwin dengan suami”