11 negara tak selamat untuk wanita travel solo, Malaysia pun masuk senarai!

Tentu ada di antara kalian yang lebih suka melancong sendiri berbanding dengan bersama orang lain, betul tak?

Kadang-kadang, apabila membuat rancangan sendiri, lebih mudah untuk bergerak mengikut kehendak kita dan juga lebih jimat.

Tetapi, tidak semua tempat selamat untuk melancong sendirian, terutamanya bagi wanita.

Jadi, jika anda jenis yang suka melancong sendiri, pastikan anda merujuk senarai negara yang paling berisiko untuk dilawati oleh wanita di bawah ini.

Untuk menentukan negara mana yang paling berisiko bagi wanita yang suka melancong, wartawan suami isteri,

11 negara tak selamat untuk wanita travel solo, Malaysia pun masuk senarai!

Asher dan Lyric Fergusson, telah mengkaji dan mengumpulkan data dari 50 negara popular yang sering dilawati melalui pelbagai sumber.

Mereka kemudiannya mengklasifikasikan setiap negara berdasarkan lapan faktor seperti keselamatan jalan raya untuk wanita, pembunuhan wanita secara sengaja, keganasan seksual, diskriminasi, jurang gender global, indeks kesamarataan gender, dan keganasan terhadap wanita.

Hasilnya, mereka menyenaraikan 20 negara yang dianggap tidak selamat untuk dilawati oleh wanita secara bersendirian. Termasuk Malaysia!

11. Malaysia
Malaysia telah memegang tangga ke-11 bagi negara yang mempunyai rating terburuk oleh keganasan rumah tangga dan isu ketidaksamaan jantina. Ini menjadikan Malaysia salah satu negara Asia paling teruk untuk dilawati oleh pelancong wanita secara solo di belakang India dan Thailand.

Menurut pasangan Fergusson, apa yang memeranjatkan mereka adalah jarak besar keselamatan di antara Singapura yang telah memasuki carta negara paling selamat untuk dilawati dengan Malaysia.

Lebih-lebih lagi dua negara ini hanya dipisahkan oleh jambatan pendek. Tapi bila tengok sejarah Singapura, barulah rasa tak terkejut sangat.”

10. Thailand
Thailand mempunyai skor yang paling teruk dalam senarai untuk keganasan terhadap sikap wanita. Selain itu, negara ini juga turut mempunyai ranking yang teruk untuk keganasan rumah tangga dan ketidaksamaan jantina.

9. India
India telah mencatat markah terburuk dalam 50 negara yang kami kaji untuk kategori ketidaksamaan jantina.

Ia juga mempunyai markah yang buruk dalam keganasan rumah tangga dan jurang jantina. Malangnya, hampir 90% wanita yang dirogol di India kenal dengan pelaku mereka.”

8. Maghribi
Maghribi merupakan yang paling teruk dalam senarai kami bagi kategori keganasan rumah tangga. Ia juga mempunyai markah yang buruk dari segi ketidaksamaan jantina dan jurang jantina global. Malah, keselamatan jalan raya pun teruk.

7. Mesir
Mesir disenaraikan sebagai antara yang teruk untuk jurang jantina global dan ketidaksamaan jantina.

Negara ini juga merupakan negara ke-10 paling teruk untuk keselamatan jalan raya. Ia juga mempunyai undang-undang perkahwinan dan perceraian serta wakil kerajaan yang teruk.

“Tapi, mereka cuba untuk kurangkan jurang jantina dengan memberikan lebih 600 biasiswa kepada wanita yang belajar dalam bidang perniagaan, sains, dan kejuruteraan.”

6. Republik Dominika
Republik Dominika merupakan destinasi popular untuk pelancong Amerika dan baru-baru ini terdapat berita-berita mengenai kematian misteri.

Dalam indeks kami, Pulau Carribbean ini menduduki carta ke-6 paling teruk untuk keselamatan jalan raya. Sama ada laporan dari media benar atau tidak, kajian kami menemui yang negara ini tak selamat untuk wanita yang travel bersendirian. Ia agak mengejutkan memandangkan sebelum ini kami tak pernah dengar masalah untuk pelancong yang pergi ke sana.”

5. Iran
Iran mempunyai markah paling teruk di dalam kajian Jurang Jantina Global.

Ia juga mempunyai markah yang teruk dalam kategori ketidaksamaan jantina dan diskriminasi. Salah satu perkara yang Iran mempunyai markah yang bagus adalah mereka mempunyai kadar yang rendah untuk pembunuhan secara sengaja terhadap wanita.”

4. Mexico
Tiga kategori yang mempunyai permarkahan paling teruk bagi Mexico adalah keselamatan jalan raya, pembunuhan secara sengaja dan keganasan seksual terhadap wanita bukan pasangan.

Banyak laporan berita mengatakan bahawa Mexico kini telah menjadi negara yang tak selamat untuk dilawati dan pelancong perlu duduk di kawasan resort sahaja bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.”

3. Rusia
Rusia telah mencatat markah yang rendah terhadap pembunuhan secara sengaja terhadap wanita dan keganasan seksual terhadap wanita bukan pasangan. Selain itu, ia juga negara ke-9 paling teruk untuk kategori diskriminasi terhadap wanita.

2. Brazil
Brazil mempunyai markah yang corot untuk keselamatan jalan raya dan pembunuhan secara sengaja terhadap wanita. Ia juga mempunyai prestasi yang buruk untuk kategori Jurang Jantina Global.

Malah, kerajaan US turut memberi amaran kepada pelancong untuk tidak berjalan seorang diri pada waktu malam bagi mengelakkan dari dirompak.

1. Afrika Selatan
Negara ini dikatakan memiliki markah yang rendah untuk keselamatan jalan raya dan banyak faktor-faktor lain. Tak cukup dengan itu, wanita ni sana juga dikatakan telah dilayan dengan kejam walaupun sekarang ia makin bertambah baik.

Biasanya wanita yang pergi ke sana diminta untuk tidak mendaki, memandu atau berjalan seorang diri dan perlu berkelakuan konservatif.”

BACA: Gara-gara sihir, Ustaz Kazim dedah susah tidur selama 15 tahun