Buang sampah je, lelaki kena denda RM15K

Oleh MHDAILY

Buang sampah je, lelaki kena denda RM15K. Padah melonggokkan sisa pepejal komersial di lokasi tidak diwartakan menyebabkan sebuah syarikat ubah suai kediaman didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hakim Darmafikri Abu Adam, menjatuhkan hukuman itu terhadap syarikat Jun Kiat Trading, yang diwakili pengarahnya Tan Choon Kiat, 55, selepas tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Mandarin.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa melonggokkan sisa pepejal komersial dalam kejadian di kawasan tanah di Mukim Batu Berendam, di sini, kira-kira jam 1.10 petang pada 16 Ogos 2022.

Baca Artikel Penuh