Butik terkenal kantoi letak kamera dalam fitting room

Butik terkenal kantoi letak kamera dalam fitting room

Butik terkenal kantoi letak kamera dalam fitting room. Kecoh di media sosial apabila beberapa tangkap layar rakaman video di dalam bilik persalinan di sebuah butik pakaian terkemuka tersebar meluas sejak malam tadi.

Lebih teruk lagi, video-video rakaman tersebut difahamkan dijual kepada orang awam di sebuah aplikasi dan turut dipromosi secara meluas di akaun media sosial dikenali @Hiddencamxx.

Perkara tersebut dibongkarkan oleh seorang pengguna Twitter dikenali @meleisgw yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di sebuah butik di Kuala Lumpur.

Butik terkenal kantoi letak kamera dalam fitting room

“Salah seorang mangsa dalam video dah mesej saya. Dia mengesahkan kejadian berlaku di butik terkemuka di Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas.

“Dia ada membeli baju dan ada resit dan ada gambar beliau memakai baju sama dalam video tersebut.

“Tolong jangan jadikan isu apa orang buat dalam bilik persalinan itu, tetapi isu yang dibangkitkan sekarang kenapa ada kamera tersorok disitu dan sampai boleh dijual beli,” tulisnya dalam satu ciapan.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai pengguna menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat isu tersebut selain menyelar tindakan pihak yang meletakkan kamera berkenaan.

“Mangsa tolong pergi laporkan pada pihak berkuasa supaya orang yang letak kamera ini dikenakan tindakan sewajarnya. Rasa dah tak selamat dah lepas ini,” komen seorang netizen.

“Siapa punya kerjalah muat naik video ni masuk media sosial, dah takde kerja lain agaknya selain sebarkan aib orang. Tak tahu pulak fitting room sekarang dah ada kamera, bahaya juga,” ciap @atiqahsapphire.

Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat 15,000 perkongsian dan 9,010 tanda suka.

BACA JUGA :

Abby Abadi luah sesuatu buat semua terkejut, “sampai dah nak bercerai..”

Ustaz Azhar Idrus kata poligami tanpa izin isteri dianggap tak mampu

Peminat teruja Honda ADV160 dah sampai Malaysia, harga cun habis

CATEGORIES