Ibu Chef Wan meninggal dunia

Ibu Chef Wan meninggal dunia

Ibu Chef Wan meninggal dunia. IBU kepada selebriti masakan dan juga pelakon terkenal Chef Wan meninggal dunia awal pagi tadi.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Datuk Redzuan Ismail, 64, memaklumkan ibu tercinta, Noraini Abdullah, 93, menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.

“Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa ibu saya yang tersayang telah meninggal dunia jam 6.20 pagi tadi dalam tidurnya di Hospital Gleneagles.

Ibu Chef Wan meninggal dunia

“Semoga rohnya bersemadi dengan aman, diampunkan segala dosa, serta ditempatkan bersama orang yang beriman kelak.

“Jenazah akan dipersiap untuk dikebumi di Masjid Putra Putrajaya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Cyber 10. Al-Fatihah.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua ucapan serta doa untuk Allahyarham ibu saya. Alhamdulillah,” tulis Chef Wan di akaun Instagramnya.

Dalam hantarannya sebelum ini, Chef Wan memaklumkan ibunya sedang menerima rawatan akibat kanser tahap empat di sebuah hospital.

Difahamkan, selain kanser, Allahyarham turut menghidap Penyakit Alzheimer dan dementia.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh chef wan (@_chefwan58)

BACA JUGA :

Butik terkenal kantoi letak kamera dalam fitting room

Kena sindir tak pandai ‘speaking’, sekali Safawi buka mulut semua terkejut

Syamsul mula buka mulut, dedah sebab sebenar block whatsapp Puteri Sarah

CATEGORIES