Zamihan gagal kes saman fitnah Dr Maza

Oleh MHDAILY

Zamihan gagal kes saman fitnah Dr Maza. Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zin gagal dalam kes saman fitnah RM2 juta terhadap Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung kenyataan berbaur fitnah, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee memutuskan demikian di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, selepas menolak kes saman berkenaan apabila mendapati Zamihan selaku plaintif gagal mengemukakan unsur pertama kes iaitu adanya penerbitan berbaur fitnah.

Sebagai yang mana dihujahkan oleh peguam Mohd Asri selaku defenden, kedua-dua artikel yang dikatakan kenyataan fitnah telah diletakkan dalam Bahagian C Ikatan Dokumen.

Baca Artikel Penuh