Polis sahkan mangsa culik ditemui mati dalam gaung

Polis sahkan mangsa culik ditemui mati dalam gaung

Polis sahkan mangsa culik ditemui mati dalam gaung. Seorang wanita yang diculik di kawasan Broga, Lenggeng ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada Selasa.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihak polis menerima laporan berhubung penculikan wanita berusia 27 tahun itu pada Isnin.

“Sebelum insiden itu, pada hari Ahad jam 6.30 petang pengadu memaklumkan menerima mesej di aplikasi WhatsApp yang meminta sejumlah wang tebusan.

“Bertindak daripada laporan berkenaan, pihak polis menjalankan operasi khas bagi mengesan dan mencari mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Bagaimanapun Ahmad Dzaffir berkata, pada Selasa kira-kira jam 3.30 petang, Balai Polis Batu 14, Hulu Langat menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menyatakan menjumpai satu mayat di dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor.

Polis sahkan mangsa culik ditemui mati dalam gaung

“Pemeriksaan lanjut dijalankan dan mayat berkenaan disahkan merupakan mangsa di dalam kes yang sedang disiasat.

“Ia berdasarkan kepada kad pengenalan dan dokumen-dokumen yang ditemui bersama mangsa serta pengecaman oleh ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata, dengan penemuan mayat itu pihak polis berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan tangkapan seorang suspek lelaki berumur 20-an di kawasan Ampang, Selangor.

“Hasil ujian air kencing terhadap suspek yang merupakan pekerja swasta itu adalah negatif.

“Suspek seterusnya direman selama 15 hari bermula 28 September hingga 12 Oktober depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12 Akta Penculikan 1961,” katanya.

BACA:

Ini yang wajib anda buat selepas terima kad TNG NFC yang baru

Pemandu menang kes tuntutan jalan berlubang terhadap MPKJ, diarah bayar RM2980

Gadis berdepan hukuman gantung selepas bunuh kekasih nak rogol dirinya

CATEGORIES