Wawa Zainal jadi susah nak bernafas lepas minum teh arab, “ingat nak mati dah..”

Wawa Zainal jadi susah nak bernafas lepas minum teh arab ingat nak mati dah

Wawa Zainal jadi susah nak bernafas lepas minum teh arab, “ingat nak mati dah..”. Gara-gara minum minuman berkafein, pelakon Wawa Zainal terpaksa berdepan detik cemas selepas mengalami degupan jantung yang laju.

Rasa macam hilang nyawa

Wawa Zainal jadi susah nak bernafas lepas minum teh arab, "ingat nak mati dah.."

Menerusi Instagram Stories, Wawa, 31, mendedahkan dia berasa sukar bernafas selain badan serta tangan mula menggigil selepas minum teh Arab.

Kata pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin, suaminya, Aeril Zafrel membantu menenangkan dirinya mengawal panik.

Seminggu dua ini saya tidak boleh minum minuman berkafein kerana akan terus mengalami gastrik dan sebu.

Semalam (Isnin), ketika menikmati teh Arab yang pekat, tiba-tiba jantung berdegup laju. Saya cuba berdiri, tetapi badan dan tangan menggeletar.

Susah nak bernafas, panik sangat. Aeril bantu tenangkan dan ajar bagaimana untuk kawal keadaan itu kerana berfikiran, saya mungkin berdepan anxiety.

Kopi & anxiety

Wawa Zainal jadi susah nak bernafas lepas minum teh arab, "ingat nak mati dah.."

Dalam pada itu, usahawan terkenal ini memberitahu dia mengambil masa selama dua jam untuk kembali normal.

Berdoa agar peristiwa itu tidak lagi berulang, Wawa mengambil keputusan untuk membuang semua stok kopi yang ada.

Dua jam berperang dengan perasaan yang kali pertama saya alami. Janganlah datang balik. Ya Allah, tak sanggup.

BACA JUGA :

Abby Abadi luah sesuatu buat semua terkejut, “sampai dah nak bercerai..”

Ustaz Azhar Idrus kata poligami tanpa izin isteri dianggap tak mampu

Peminat teruja Honda ADV160 dah sampai Malaysia, harga cun habis

CATEGORIES