Waspada pengguna iPhone, Apple keluar amaran berisiko digodam. Apple sering meletakkan dirinya sebagai sebuah syarikat yang mempunyai ekosistem paling selamat dari segi privasi dan keselamatan digital.
Walau bagaimanapun, syarikat teknologi gergasi yang berpangkalan di Cupertino baru-baru ini mendapati pihaknya berdepan dengan beberapa kelemahan keselamatan yang menyebabkan pelanggan terdedah kepada ancaman siber.
Apple dalam dua laporannya mendedahkan beberapa kelemahan keselamatan yang serius untuk iPhone, iPad dan Mac yang berpotensi membenarkan penyerang mengawal sepenuhnya peranti.
Syarikat itu ketika menjelaskan tentang ‘kelemahan keselamatan’ berkenaan berkata ia bermaksud penggodam berupaya mendapatkan akses penuh sebagai pentadbir ke atas peranti-peranti yang disenaraikan. Ia membolehkan penggodam menyamar sebagai pemilik peranti dan kemudiannya menjalankan sebarang perisian atas nama mereka, kata Rachel Tobac, Ketua Pegawai Eksekutif SocialPro Security.
Pakar keselamatan telah menasihatkan pengguna untuk mengemas kini peranti yang terjejas. Seperti model iPhone 6S dan yang terkemudian, termasuk beberapa model iPad, generasi ke-5 dan lebih baru, semua model iPad Pro dan iPad Air 2 dan komputer Mac yang menjalankan macOS Monterey. Kekurangan itu juga menjejaskan beberapa model iPod.
Apple dalam laporan berkanaan bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana dan di mana kelemahan itu ditemui. Dalam semua kes, Apple hanya merujuk kepada penyelidik tidak dikenali.
Syarikat perisian pengintip komersial seperti Kumpulan NSO Israel diketahui gemar mengambil kesempatan daripada kelemahan tersebut, mengeksploitasi perisian secara diam-diam menggodam telefon pintar sasaran, mengambil data dan mengawasi sasaran dalam masa yang sama.
Kumpulan NSO telah di “blacklist” oleh Jabatan Perdagangan AS . Perisian pengintipnya dikesan telah digunakan di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin terhadap wartawan, penentang dan aktivis hak asasi manusia.
Penyelidik keselamatan Will Strafach berkata dia tidak melihat sebarang analisis teknikal tentang kelemahan yang baru dihadapi oleh Apple.
Syarikat itu sebelum ini pernah mengakui kelemahan serius yang sama, dimana Strafach menganggarkan ia mungkin terjadi beberapa kali.
BACA:
Ifa Raziah sekolah netizen, ‘nanti ada Politaik Agama cakap dosa besar pulak!’
Netizen kesian tengok Nuha dan Naufal ‘perform’ tak dilayan orang