Ifa Raziah sekolah netizen, ‘nanti ada Politaik Agama cakap dosa besar pulak!. Penyanyi dan pelakon sensasi, Ifa Raziah difahamkan telah berkolaborasi bersama Jovian Mandagie secara eksklusif bagi produk terbaru iaitu korset yang dikenali sebagai Wonder Suit By Jovian di media sosialnya.
Perkara tersebut turut diuar-uarkan selebriti itu apabila dia ada memuat naik video yang memaparkan momen-momen pelancaran produk korset itu di media sosial miliknya untuk tatapan peminat di luar sana.
Sempat berseloroh, Ifa berkata dia tidak perlu untuk bergelek dalam majlis pelancaran berkenaan meskipun dibayar ratusan ribu ringgit dan dilantik sebagai duta.
Jelasnya lagi, dibayar untuk menjadi duta itu merupakan salah satu rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T kepadanya namun dia tetap berasa bimbang kerana mungkin ada di luar sana yang menganggap pekerjaannya itu adalah haram dan mengundang dosa besar.
Nanti ada politaik agama cakap ini pun haram juga mengundang dosa besar! Syukur Alhamdulillah rezeki yang tidak putus-putus. Semuanya datang dari Allah S.W.T.
Namun tidak dapat dipastikan pula kepada siapa status itu ditujukan dan netizen di ruangan komen dilihat terus menerus memberikan sokongan kepada penyanyi dangdut itu.
Dalam pada itu, ada juga peminat yang tampil memuji penampilan Ifa Raziah yang dilihat lebih ramping dan langsing setelah mengenakan korset pada malam pelancaran produk itu.
Terdahulu, nama Ifa Raziah disebut-sebut netizen berikutan kontroversi yang melanda dirinya setelah dia dilihat bergelek ‘tak ingat dunia’ di sebuah majlis akikah.
Perkara tersebut kemudiannya mendapat perhatian beberapa pendakwa yang tampil memberi teguran secara terbuka buat dirinya di media sosial.
View this post on Instagram
BACA:
Netizen kesian tengok Nuha dan Naufal ‘perform’ tak dilayan orang