Netizen kesian tengok Nuha dan Naufal ‘perform’ tak dilayan orang

Netizen kesian tengok Nuha dan Naufal perform tak dilayan orang

Netizen kesian tengok Nuha dan Naufal ‘perform’ tak dilayan orang. Dua penyanyi yang semakin popular iaitu pemilik suara lagu Casablanca, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin kini menjadi tumpuan dalam dunia seni tanah air. Gandingan pertama kali mereka dalam lagu terbaru itu ternyata berjaya memikat hati pendengar di Malaysia dan Indonesia sehingga bermain-main di fikiran netizen.

Terbaharu kedua-dua penyanyi tersebut sekali lagi nampaknya mencuri tumpuan warganet apabila video Nuha Bahrin dan Naufal Azrin membuat persembahan ketika selingan dalam KL Fashion Week 2022 (KLFW) yang sejak kebelakangan ini menjadi tumpuan orang ramai tular hangat diperkatakan oleh pengguna aplikasi TikTok.

Dalam muat naik pemilik akaun bernama, iamhelmihaikall ini menerusi ruangan kapsyen memuji kedua penyanyi tersebut, “Kecik molek orangnya.” Mana tidaknya, Nuha Bahrin kelihatan jelita dengan mengayakan busana serba merah jambu manakala Naufal pula segak bergaya memakai sut biru muda. Lebih mencuri tumpuan, mereka tidak lekang dengan senyuman ketika membuat persembahan di pentas.

Netizen kesian tengok Nuha dan Naufal 'perform' tak dilayan orang

Namun begitu, perhatian juga ditumpukan kepada kasut tumit tinggi yang dipakai Nuha Bahrin dimana netizen merasakan ia membuatkannya tidak selesa disebabkan saiznya dilihat besar dan bimbang akan terjatuh.

Tidak hanya itu, netizen juga mempersoalkan reaksi penonton di situ yang menyebabkan juga ada yang merasa kesian dengan penyanyi tersebut.

BACA:

Penampilan Umi Nazeera jadi perhatian di KL Fashion Week

Jengkaut terkena kabel elektrik di Kuching, dua lelaki maut

Aksi cemerlang dalam ACL, RM1.2 Juta menanti JDT

 

CATEGORIES