Ustaz rogol remaja 14 tahun, polis dedah hal sebenar fakta kes

Oleh MHDAILY

Ustaz rogol remaja 14 tahun, polis dedah hal sebenar fakta kes. Remaja 14 tahun menjadi mangsa rogol oleh penceramah bebas yang bergelar ustaz di Shah Alam.Hal ini dipercayai mangsa berkenalan dengan ustaz tersebut melalui media sosial sejak dua bulan lalu.

Mei lalu dikatakan hubungan bermula dengan pertanyaan mengenai permasalahan hukum agama. Penceramah itu ada membuat syarahan secara bersemuka dan menerusi media sosial termasuk saluran YouTube.Penceramah bebas berkenaan juga dilaporkan sudah mempunyai seorang isteri.

Berdasarkan siasatan awal, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, perkenalan antara penceramah dan remaja berkenaan bermula apabila mangsa dipercayai ada menghubungi lelaki itu di media sosial bagi bertanyakan masalah agama.

Baca Artikel Penuh