“Mak paksa aku kahwin, kata mak lepas kahwin kalau tak suka boleh je cerai, sampai sekarang sejak bertunang aku macam terkena sumpahan”

Hai… Aku tak pernah bercouple atau bercinta. Dari kecik pun cinta monyet. Pernah la dulu time darjah 6 aku bercinta. Waktu tu aku di Perak kampung aku. Dengan perempuan ni aku panggil Kirin.

Kirin hitam manis. Waktu sekolah dia memang agak tegas dan laki pun kadang – kadang takut dengan dia. Masa tu aku pengawas sekolah.

Kirin pun pengawas. Lepas tu naik darjah aku jadi ketua pengawas. Hubungan tu pun sekejap ja sebab Kirin pindah sekolah.

Kirin bagi surat cinta sekali dengan number fon dia untuk aku contact. Tapi kant0i dengan mak aku surat tu waktu cek beg sekolah.

Mak ayah aku panggil mak ayah dia datang rumah dan akhirnya kami berdua terputuus macam tu je.

"Mak paksa aku kahwin, kata mak lepas kahwin kalau tak suka boleh je cerai, sampai sekarang sejak bertunang aku macam terkena sumpahan"

Sepanjang sekolah menengah aku memang tak bercinta langsung. Pernah jugak dipasang- pasangkan dengan kawan tapi sekadar gurauan saja. Memang fokus belajar sampai tamat SPM.

Lepas habis SPM dan waktu aku masuk uni (lebih kurang 10 tahun kami tak contact) aku try dapatkan contact Kirin balik dari kawan lama aku.

Aku tanya Kirin kau ada bf ke. Dia jawab dia pun tak pernah ada bf dah lepas aku sama fokus belajar je. Lepas tu aku tanya kau dah move on ke dengan aku. Dia cakap dah move on.

Okay, aku pun rasa lega sebab hubungan kami berakhir dengan baik berbanding waktu dulu dip4ksa berpisah.

Jadi in total dah lebih 10 tahun aku tak bercinta. Aku memang dah tertutup hati nak kenal orang baru. Lepas tu tiba lah alam kerja. Kerja kedua aku merantau sorang – sorang dekat Penang.

Aku kerja pejabat, tapi kerja aku tu operasi 24 jam sebab melibatkan urus bahagian pengangkutan lori dan bawa barang. Kerja shift malam dan kadang – kadang pagi.

Masuk ja kerja aku jumpa sorang lagi perempuan, Siti. Siti umur sama dengan aku. Dari negeri Kedah. Dia pun merantau macam aku. Cuma dia memang belajar dari kolej di Penang. Jadi banyak kawan area situ. Badan gempal, rendah, chubby tapi mukanya manis. Friendly, ramah dan sopan.

Dia agak ekstrovert, jenis ada geng dia sendiri tapi tetap dia humble. Boleh masuk dengan sesiapa pun. Waktu aku kerja dengan dia, kami memang duduk dalam ofis berdua saja. Sebab kerja tu sebenarnya untuk sorang saja, tapi dia kena ajar aku buat semua kerja.

Siti masuk awal dua minggu saja dari aku. Tapi still kena ajar sebab dia senior. Siti macam mula kenal diri aku yang pemalu. Dia tak pernah cakap aku ni pendiam. Sebaliknya dia yang mulakan perbualan dengan aku. Dia buat aku gelak semua.

Aku pun mula – mula macam takut nak kenal lebih tapi sebab training tu pun lama dua minggu masing – masing dah kenal. Dia macam menutup kesunyian aku sepanjang aku di perantauan sebab aku memang keseorangan.

Ada satu waktu Siti ajak aku makan berdua dengan dia. Tapi aku asyik postpone berapa kali sampai akhirnya cancel. Dia macam agak kecewa tapi kami kerja macam biasa. Masalah – masalah dalam kerja kami selesai bersama, kadang – kadang kena marah dengan manager sama – sama.

Lepas lebih kurang 4 bulan kerja, Siti bagitau yang dia nak resign dapat kerja lebih elok dengan gaji yang ok. Aku macam sedih tapi dalam masa yang sama seronok juga sebab dapat naik pangkat jawatan Siti sebab Siti macam tinggi sikit jawatan dari aku. Gaji aku pun akan naik sikit.

Baru ja beberapa minggu dia resign, Siti kena koveed. Aku hantar buah tangan untuk Siti dekat apartmen dia. Siti terkejut dan macam happy sangat. Walaupun Siti dah berhenti kami still contact tanya kerja baru macam mana semua.

Selepas sebulan Siti berhenti, aku pulak dapat kerja baru yang lebih stabil. Aku pun ikut langkah Siti. MaIangnya kerja baru tu aku bertahan seminggu ja. Aku relapse. Aku balik kampung aku di Perak untuk rehat sekejap.

So aku dah tak berjumpa dengan Siti. Kadang – kadang Siti ada jugak contact aku tanya pasal kerja semua. Rupanya Siti pun tahan lebih kurang dua bulan ja kerja baru dia lepas tu dia masuk balik company kami yang lama sebab boss lama panggil dia.

Siti panggil aku join balik company lama tapi aku cakap aku dah balik kampung aku kat Perak. So kami pun terhenti di situ. Berbalik kepada situasi di kampung, aku pernah ja cerita tentang Siti dekat mak aku tapi mak aku cakap dia gemuk macam tak sesuai dengan aku dia tak minat.

Mak aku sebenarnya dah lama contact dengan sorang perempuan ni, kawan kakak aku, nama dia Kinah. Setahun yamg lepas, mak aku pernah tunjuk kat aku muka si Kinah tu, waktu tu aku masih belajar. Aku cakap cantik.

Mak aku cakap boleh la buat menantu. Comel, putih, muka cina, berkaca mata dan muda setahun dari aku. Dia beraliran agama dari kecil, belajar kitab, dan tak ikut aliran akademik SPM semua tu. Memang kena dengan pilihan mak aku.

Aku pernah cakap dekat mak aku yang aku rasa alone bila pergi merantau. Mak aku bagi cadangan untuk cepatkan aku kahwin. Mak aku kata why not pergi merisik si Kinah tu. Sebab mak aku lama dah bagi hint dekat Kinah yang mak aku nak buat dia jadi menantu.

Memang dah lama mak aku berwhatsapp dengan si Kinah. Jadi aku pun cakap boleh la tapi aku cakap kat mak aku merisik bukan komfem lagi kan. Just nak tengok dulu berkenan atau tak. Mak aku pun dah arrange hari merisik.

Beberapa hari sebelum merisik tu, aku macam tak mau pergi sebab hati aku macam terkunci tapi sebab dah aturkan semua, aku pun pergi je la dengan family. Balik ja dari merisik, mak aku macam desak aku bagi keputuusan untuk tunang.

Aku cakap aku tak da rasa apa – apa pun. Mak aku cakap kesian Kinah tertunggu – tunggu nak jawapan dari aku sebab Kinah dah kata aku okay. Aku cakap aku tak ready. Malam tu aku mesej Siti. Aku luahkan yang aku nak tunang.

Aku macam nangis jugak. Siti cakap ikut la pilihan mak yang terbaik. Aku cakap kenapa aku kena pilih orang yang aku tak rasa apa – apa pun. Bukan preference aku. Walaupun aku ni tak gemuk, dan kacukan jugak, tapi dari aku sekolah menengah lagi, preference aku nak perempuan yang chubby, atau yang lagi tinggi dari aku.

Dan selalunya perempuan chubby ni macam Siti dia buat aku rasa safe. Dengan sifat friendly, boleh masuk dia, dan aku tak jadi terlalu malu bila dengan dia. Lepas beberapa hari, satu waktu tu aku tiba – tiba jadi kesian dekat mak aku.

Aku cakap okay lah boleh lah nak bertunang. Sebab desakan mak aku jugak. Mak aku ambil fon dan rakam persetujuan aku nak bertunang dengan Kinah. Memang nampak macam terdesak sangat mak aku buat macam tu.

Katanya sebagai bukti nanti satu hari nanti kalau aku kata bukan pilihan aku mak aku tunjuk video tu. Mak aku pernah cakap, tunang ja dulu, kalau tak suka bole putuus. Mak aku pernah cakap jugak, nanti lepas kahwin pun kalau tak suka boleh cerai.

Nampak sangat terdesak giIa mak aku nak aku tunang dengan Kinah. Dalam masa yang sama nak juga jaga hati Kinah tu dengan family dia. Aku cakap kat mak aku hati aku memang rasa berat nak bertunang sebenarnya. Aku wasap Kinah dan ayahnya kata aku tak ready.

Tanpa pengetahuan aku, ayah Kinah terus call ayah aku tanya aku ni dah berpunya ke sebab risau aku dah ada orang. Ayah aku cakap jangan risau teruskan ja. Dan akhirnya parent aku langsungkan jugak, meriah pulak tu.

Dengan sed4ra mara semua datang. Hadiah dari pihak aku semua mak aku belikan. Hadiah dari pihak Kinah, Kinah pilih khas untuk aku. Cuma aku ja ambil keputuusan tak datang hari pertunangan. Tapi diorang tak pelik pun.

Sebab katanya memang biasa tunang tak perlu pun pihak lelaki datang. So majlis pertunangan berlangsung macam biasa. Lepas bertunang, walaupun belum kahwin. Aku macam rasa berat sangat macam aku ada komitmen besar.

Sejujurnya sem4kin aku besar, aku macam ada prinsip taknak kawin selagi belum stabil. Kalau boleh sampai penghujung 20-an. Tapi bila aku dah diik4t begini, aku macam rasa ada tanggungjawab besar nak jaga anak orang.

Aku mesej Siti. Aku cakap sebenarnya aku ada perasaan dekat dia. Dia cakap kenapa tak bagitau awal – awal. Dia pun sebenarnya ada perasaan dekat aku cuma bila aku bagitau aku dah bertunang dia redha je la. Dia cakap aku boleh ja jadi kawan dia.

Dia akan support aku dan sentiasa ada kalau aku perIukan seseorang untuk meluah. Mak aku fikir itulah tindakan terbaik dia dan mak aku sedaya upaya cuba mewujudkan perasaan cinta aku terhadap Kinah walaupun aku banyak kali cakap aku takda rasa apa – apa.

Aku pun hanya pernah whatsapp tak sampai lima kali dengan Kinah. Aku tanya dia dia ada perasaan ka dekat aku. Dia cakap dia belum ada perasaan apa – apa pun. Aku cakap kalau putuus macam mana, dia cakap dia redha je apa pun yang berlaku, dan dia tanya aku kenapa aku cepat sangat buat keputuusan nak putus walaupun hanya sekali dua je whatsapp dia.

Aku mesej dia panjang lebar kata dia bukan pilihan aku, dan aku tak ada rasa apa – apa pun dekat dia, dan aku bukan lah calon yang sesuai untuk dia. Sampai sekarang sejak bertunang, aku macam seolah – olah terkena satu sumpahan.

Aku yang dulunya happy terus jadi 24 jam overthinking. Selalu tak boleh tidur malam. Makan ubat baru boleh tidur. Tak pernah aku rasa macam ni sepanjang hidup aku. Aku jadi m4kin str3ss walaupun depan orang aku mampu kawal str3ss aku.

Tapi hati aku sangatlah terk0yak dan m4kin terkunci untuk menerima sesiapa pun. Aku selalu menyendiri dan buntu. Aku cuba memikirkan masa depan aku dengan Kinah, tapi masih tak dapat rasa apa – apa perasaan.

Mungkin ada orang tanya, kalau mak aku pasangkan aku dengan Siti, adakah aku setuju? Aku hanya nak jawab aku belum ready untuk berkahwin. Hati aku belum terbuka untuk menjalankan hubungan serius dengan siapa pun.

Bagi aku fasa umur aku, 23 tahun sekarang fasa umur untuk menambah kawan dan kenalan, membina kerjaya dan pendidikan, sebelum menerima komitmen besar seperti perkahwinan. Aku sejujurnya pada fasa umur aku sekarang ini lebih suka berkawan dan berdamping dengan seseorang tanpa ada ik4tan. Seperti kawan professional tempat kerja.

Aku mengaku aku bila berkawan dan percaya seseorang, tidak kira lelaki atau perempuan aku suka melebih mungkin sebab aku ni introvert jadi aku macam setia dan sangat menghargai kawan aku. Aku akan jadi clingy.

Macam aku dengan Siti, sebab dia hargai aku, aku jadi clingy dengan dia tapi tak lah sampai nak berkawin. Dan taklah sampai melebih – lebih sampai bercinta. Dulu, kawan – kawan aku yang agak ekstrovert memang faham aku perIukan diorang dan diorang selalu ada bila aku nak chat or berjumpa semua sebab diorang faham aku ni tak ramai kawan so memang rapat la dengan aku, sebab aku ni jenis setia.

Sejak aku bertunang ni, aku macam hilang ramai kawan. Lepas aku cakap aku bertunang, kawan – kawan aku yang rapat dan sedikit ni macam fikir, oh baguslah dulu aku ja kawan dia tapi sekarang dia dah ada pasangan. Begitulah pengakhiran nasib aku sekarang ini yang berkecamuk dan tidak tenteram. – Dani (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Farah Ant : 23 tahun. Lelaki. Tapi dah nak dikahwinkan. Aduh… memang kesian betul adik ni. Dik, take a brave step. Otherwise you’re gonna run in a circle. Sekali ni je jadi berani. Putuuskan awal – awal dik. Kalau tak nanti, aniaaya anak orang dan diri adik sendiri bertahun – tahun.

Wanie Talib : Jadi mak – mak ni, berhentilah mengatur hidup anak – anak terutamanya bab perkahwinan. Jangan aniaaya anak orang oiii, senang je cakap, tak suka boleh putuus, tak sesuai boleh cerai, kalau dah beranak pinak, dah macam – macam dibuat, senang – senang je nak putuuskan macam padam dengan pemadam pensil ke?

Mak – mak ni jangan lah guna sentimen anak derh4ka, anak kene taat dan dengar cakap mak! Serius mak kau tak pikir orang lain. Ingat kau tunang / kawen dengan anak ayam ke? Anak kambing ke?

Nina Nasir : Muda sangat nak p4ksa – p4ksa tunang lah kawin lah.. Janganlah permainkan perasaan kinah dan family. Kene fikirkan maru4h family dia juga. Apa – apa pon kalau dah memang tak nak dan takde perasaan bincang lah elok – elok dengan family, putuus cara elok.

Jangan kang mak tt kata siti plak yang salah. Tt kene ubah diri jadi tegas sikit dengan parents tu.. cinta tak boleh dip4ksa. Kalau dah memang jodoh tak kan ke mana. Semoga dipermudahkan segala urusan

BACA: “Tangan aku mengigil bila teringat satu persatu apa yang aku jumpa dalam fon suami, patutlah dia rahsiakan password telefon”