Abdullah Sidek Majin, yang pernah menjadi pengacara dan wartawan dalam rancangan dokumentari Majalah 3,
Beliau telah kembali ke rahmatullah pada usia 58 tahun.
Berita pemergiannya dikongsikan oleh seorang kenalan melalui laman Facebook.
Dikatakan bahawa Allahyarham telah meninggal dunia sekitar jam 11 malam yang lepas.
“Sahabat kami, Allahyarham Abdullah Sidek Majin, bekas pengacara TV3 telah kembali ke rahmatullah pada jam 11 malam.

“Semoga Allah mengurniakan tempat yang baik untuk arwah di kalangan orang-orang yang beriman, Al-Fatihah,” kata Mahadi Zamri.