Umno didakwa mula kembali menguasai Putrajaya

Oleh MHDAILY

Umno didakwa mula menguasai Putrajaya. Bayangan bahawa Umno kini sudah kembali berkuasa dalam kerajaan semakin jelas, kata bekas penasihat media kepada perdana menteri A Kadir Jasin.

Menurut bacaan wartawan veteran itu, hakikat tersebut disahkan dengan kedatangan Najib Razak ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk bertemu Ismail Sabri Yaakob semalam.

Ismail Sabri ialah naib presiden Umno yang dilantik menjadi timbalan perdana menteri oleh Muhyiddin Yassin pada 7 Julai lalu, iaitu beberapa jam sebelum parti itu mengumumkan pendiriannya untuk menarik balik sokongan ahli parlimen mereka daripada perdana menteri.

Baca Artikel Penuh