Pegawai polis kena cekup ‘disko’ di balai positif dadah

Pegawai polis kena cekup ‘disko’ di balai positif dadah

Pegawai polis kena cekup ‘disko’ di balai positif dadah. Salah seorang pegawai polis yang ditahan berhibur di sebuah balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor didapati positif dadah.

Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Azri Ahmad berkata, hasil ujian saringan awal ke atas lapan orang yang ditahan dalam serbuan itu mendapati salah seorang daripada mereka positif dadah.

“Salah seorang pegawai polis yang ditahan itu didapati positif dadah sementara yang lain negatif,” katanya

polis

Harian Metro hari ini melaporkan tindakan seorang ketua balai polis bersama tiga anggotanya berhibur bersama empat wanita yang juga orang awam di sebuah balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor membawa padah apabila mereka ditahan Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang, ketua balai polis itu yang berpangkat sub inspektor bersama dua anggotanya berpangkat koperal dan seorang koperal sokongan ditahan selepas menjadikan sebuah bilik di balai polis itu ibarat disko dengan lampu berputar turut dipasang di dalamnya.

Mereka ditahan ketika menari bersama wanita terbabit sambil dipercayai mengambil minuman keras dan air ketum dalam bilik di tingkat dua balai berkenaan.

Hasil serbuan juga, polis merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan televisyen.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/733292/berhibur-di-balai-polis-suspek-positif-dadah

jika Terlepas: Anjur pesta liar di balai polis, ketua balai dengan anggota ditahan Bukit Aman