Tular video penghantar barang masuk rumah pembeli, siap curi duit lagi

Tular video penghantar barang masuk rumah pembeli siap curi duit lagi

Tular video penghantar barang masuk rumah pembeli, siap curi duit lagi. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang penghantar barang yang berurusan secara tunai atau ‘cash on delivery’ (COD) dengan selamba memasuki sebuah rumah yang ketiadaan pemiliknya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @kepoin_trending.

Lelaki itu merakam dirinya memasuki pekarangan sebuah rumah untuk menghantar barang walaupun pemiliknya tiada di rumah.

Dia berjalan sambil bernyanyi ketika menuju ke satu sudut rumah itu di mana terletaknya sebuah kereta mainan kanak-kanak.

Sebelum mengambil wang dari tempat duduk kereta mainan itu, dia sempat menekan hon mainan pada stereng kereta tersebut.

Tular video penghantar barang masuk rumah pembeli siap curi duit lagi

Selepas mengambil wang yang pada awalnya sudah diletakkan oleh pemilik rumah tersebut, dia kemudian menyerahkan semula baki caj yang dikenakan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sama seperti penghantar yang biasa saya berurusan. Jika barang itu COD tetapi tiada orang di rumah, dia sudah tahu di mana wang itu diletakkan,” kata seorang netizen.

@ghmbl2 Terima kasih 🙂 #paketcod #kurirpaket #kurirjntexpress ♬ suara asli – KURER_

BACA:

Kecoh laporan dakwa Ringgit Malaysia dah tak laku di Thailand

Azah Azi masih ‘bergetah’ walaupun dah usia 50 tahun, ini rahsianya..

Dakwaan busukkan nama Anna Jobling, Siti Khatijah akhirnya buka mulut

CATEGORIES