Azah Azi masih ‘bergetah’ walaupun dah usia 50 tahun, ini rahsianya..

Azah Azi masih bergetah walaupun dah usia 50 tahun ini rahsianya

Azah Azi masih ‘bergetah’ walaupun dah usia 50 tahun, ini rahsianya. BAGI penggemar drama tempatan era 1990-an, pasti mengenali susuk tubuh pelakon popular bernama, Azah Aziz.

Bekas model itu kini berhijrah ke Montreal, Kanada bersama suaminya, Daud Leroy Abdullah dan tiga anak lelaki mereka yang kian meningkat dewasa.

Melihatkan penampilan dirinya, siapa sangka usia beliau kini sudah separuh abad.

Pada Ogos lalu, selebriti itu genap 50 tahun.

Namun, empunya diri dilihat masih ‘bergetah’ dan tetap menawan.

Azah Azi masih'bergetah' walaupun dah usia 50 tahun, ini rahsianya..

Tidak hairanlah, setiap kali memuat naik gambar bersama anak-anak, ramai yang memuji.

Bahkan, ada yang mengatakan beliau kelihatan seperti kakak kepada anak-anak terunanya.

“Tiada sebarang pembedahan, pengambilan suntikan botox mahupun pil diet. Sebaliknya saya percaya dengan perlindungan pada wajah pada awal usia. Itulah saya amalkan sejak umur 20-an lagi,” ujar pemilik nama sebenar, Norazah Aziz ketika mendedahkan rahsia cantiknya.

Malah, bekas pelakon drama Astana Idaman itu juga tidak segan mengaku dirinya sebagai ratu krim.

“Pelbagai jenis krim saya amalkan setiap hari. Baik pelembab, krim siang, krim malam dan sebagainya untuk wajah, bawah mata dan sebagainya.

“Setiap kali selepas memakai mekap, wajib untuk pastikan wajah dicuci bersih. Diikuti dengan pemakaian krim perlindungan,” kongsinya sambil mengakui pemakaian krim tetap diamalkan walaupun hanya duduk di rumah.

Bagi menurunkan berat badan pula, Azah mempraktikan pengambilan makanan sihat.

Beliau juga rajin berkongsi menu sihat harian menerusi laman instagramnya.

Selain itu, untuk kekal fit, wanita itu akan bersenam yang membantunya mendapatkan bentuk badan yang cantik.

“Berat badan saya sebelum ini 63 kilogram (kg). Dek kerana usikan anak- anak yang mengatakan saya nampak chubby, membuatkan saya nekad untuk menurunkan berat badan.

“Dalam tempoh lima bulan, saya hilang 15kg. Alhamdulillah, percaturan saya berjaya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Norazah Aziz (@azahmontreal)

“Caranya mudah sahaja. Saya berlari, mendaki setiap hari dan berjalan kaki untuk mendapat 10, 000 ribu langkah sehari. Untuk sarapan, saya hanya ambil teh hijau, manakala makan tengah hari pula dalam kuantiti yang sedikit.

“Saya juga lebihkan pengambilan protein dan kurangkan karbohidrat. Nasi tetap saya ambil, tetapi hanya dua sudu. Orang Melayu mana boleh tinggal nasi kan,” seloroh Azah sambil menolak pengambilan pil diet dan makanan tambahan lain.

Bibirnya juga tidak pernah lekang dek senyuman, selain berfikiran positif dan happy go lucky.

Mungkin itu antara penambah rencah untuk nampak cantik dan awet muda.

BACA:

Seramai 63 jemaah umrah dari Malaysia terkandas di Arab Saudi

BKM 2023: Jumlah dan syarat kelayakan, semak sekarang

Rindu Nasi Gorang cabai tumbuk, isi ikan orang tua dulu-dulu, buat sendiri je!

CATEGORIES