Tuan Ibrahim luah isi hati, akui bimbang suasana perpaduan dalam Pas

Oleh MHDAILY

Tuan Ibrahim luah isi hati, akui bimbang suasana perpaduan dalam Pas. Menteri KASA yang juga timbalan presiden Pas hari ini meluahkan isi hatinya di hantaran facebooknya.

Tanpa memberikan sebarang perincian berkenaan individu atau kumpulan dimaksudkan, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, terdapat kenyataan dikeluarkan terhadap kepimpinan Pas dilihat dilakukan tanpa adab dan hikmah.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan kebimbangan terhadap tahap perpaduan antara ahli dan kepimpinan dalam partinya.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Kadang kala, sehingga kita rasai seolah pimpinan kita tidak mengetahui apa yang kita ketahui. Bahkan ada yang menegur pimpinan tentang bahaya musuh seolah-olah pimpinan tidak mengenali musuh.

“Wahai sahabatku, ukhuwah ini lahir daripada hormat serta thiqah (mempercayai) kita dan di waktu yang sama adalah akhlak kita.

Tuan Ibrahim luah isi hati, akui bimbang suasana perpaduan dalam Pas

“Engkau tidak mungkin merasainya tanpa sifat tersebut. Lantaran itu, belajarlah untuk menghormati orang lain atau pandangan yang berbeza dengan kita,” katanya di hantaran itu.

Pada November tahun lalu, tular audio mirip suara seorang pemimpin Pas yang didakwa mempertikai kepimpinan Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Tuan Ibrahim bagaimanapun dalam bulan yang sama menyatakan bahawa perkara itu merupakan komentar biasa dan tidak memiliki sebarang agenda baharu.

BACA:

Penjimatan kerajaan besar-besaran: Gaji menteri tidak akan dipotong – Mustapha

Pemuda terkejut restoran ini caj harga ikan siakap RM90 seekor

Ustaz Fathi Naim akui ramai gadis mesejnya di Insta, ‘saya layankan aja..”