“Tiada soalan politik di bangunan kementerian saya” – Anthony

Oleh MHDAILY

“Tiada soalan politik di bangunan kementerian saya” – Anthony. Anthony Loke merupakan salah satu ahli politik yang disenangi ramai lebih-lebih lagi ketika beliau memegang jawatan Menteri Pengangkutan pada tahun 2018-2020, sehinggakan Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menulis surat sokongan terhadapnya kepada Perdana Menteri agar beliau melantik semula Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan.

Terbaharu, dalam satu sidang media diadakan pada pagi ini, Anthony Loke menegaskan bahawa beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai ‘hal-hal politik’ semasa beliau berada di dalam pejabat kementerian.

“Pendekatan saya, sekiranya saya berada di dalam bangunan Kementerian Pengangkutan, saya tidak akan jawab apa-apa isu politik. Biarlah pihak lain nak cakap apa, itu hak dia,” kata Anthony Loke.

Baca Artikel Penuh