Siapa yang paling banyak ‘follower’ palsu di instagram, Ronaldo atau Messi? Cristiano Ronaldo telah lama membina empayarnya sepanjang karier sebagai pemain bola sepak.
Bintang Manchester United itu telah berjaya di atas dan luar padang sehingga boleh menjana wang dengan cukup lumayan.
Kewangan Ronaldo menjangkau jauh melebihi gaji pokoknya di samping beberapa penajaan dan perniagaan yang semakin berkembang menjadikannya lebih kaya dari hari ke hari.
Dari hotel ke restoran hingga jenama seluar dalam dan juga klinik rambut, Ronaldo meneruskan sumber rezekinya walaupun sudah menggantung but nanti.
Bagaimanapun, salah satu daripada sumber pendapatannya sejak beberapa tahun kebelakangan adalah melalui media sosial, terutamanya di Instagram.
Beliau adalah individu yang paling banyak diikuti di platform media sosial.
Football Players With Most Instagram Followers
Read It In Detail Here https://t.co/MdIGq134bY
….#Ronaldo #Cristiano #Messi #Leo #Neymar #Mbappe #Ibrahimovic #Pogba #Marcelo #Ramos #Salah #James #Football pic.twitter.com/92SXPOZdaA
— Sportz Point (@sportz_point) February 11, 2022
Seperti yang kita bayangkan, tahap kebolehpasarannya boleh mencecah pada harga yang sangat tinggi kepada sesiapa sahaja yang ingin mengeksploitasinya.
Ronaldo adalah atlet yang memperoleh pendapatan tertinggi di media sosial, tetapi menurut laporan The Sun, ia bukanlah satu daripada hasil titik peluhnya sendiri.
Kemuncul akaun bot atau robot web telah mengelirukan dunia media sosial sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan nampaknya Ronaldo tidak dapat melarikan diri daripadanya.
Malah, The Sun menganggarkan bukan kerana kesalahan Ronaldo sendiri yang mempunyai 92 juta pengikut palsu, lebih daripada populasi negara besar seperti United Kingdom dan Malaysia sendiri.
Laporan itu kemudiannya menjelaskan bahawa Ronaldo memperoleh hampir £400,000 setiap satu posting hanya daripada bot sahaja.
Ia meletakkannya pada kedudukan teratas melalui pendapatan bot sambil diikuti Lionel Messi dan Neymar.
Berikut adalah 10 pemain yang mempunyai pengikut palsu yang banyak serta jumlah pendapatan mereka untuk setiap satu posting:
10. Luis Suarez (9,438,000 pengikut palsu & £39,000 setiap posting)
9. Mohamed Salah (10,101,000 pengikut palsu & £41,833 setiap posting)
8. Karim Benzema (10,920,000 pengikut palsu & £45,136 setiap posting)
7. Zlatan Ibrahimovic (10,962,000 pengikut palsu & £45,520 setiap posting)
6. Gareth Bale (11,040,000 pengikut palsu & £45,747 setiap posting)
5. Sergio Ramos (11,362,000 pengikut palsu & £47,101 setiap posting)
4. Kylian Mbappe (12,616,000 pengikut palsu & £52,113 setiap posting)
3. Neymar (34,000,000 pengikut palsu & £140,885 setiap posting)
2. Lionel Messi (70,610,000 pengikut palsu & £287,210 setiap posting)
1.Cristiano Ronaldo (92,460,000 pengikut palsu & £388,570 setiap posting)
Tonton:
Baca:
“Ingat batu biasa, rupanya lebih mahal dari emas”, tak sedar selepas bertahun simpan
Tindakan polis hulur sesuatu kepada pengutip barang lusuh buat netizen tersentuh
Penduduk menjerit seronok jumpa lombong emas depan rumah, sekali ini yang terjadi