“Sepanjang mak sakit stroke, dia tetap benci aku, dengan mulut herot dia sebut nama anak-anak kesayangan tapi mereka dah buang mak!”

Salam kepada semua pembaca. Nama saya Nina, berusia 32 tahun dan mempunyai 6 orang adik beradik.

Saya merupakan anak bongsu. Ada tiga abang dan dua kakak. Ayah telah lama meninggaI ketika saya berumur 15 tahun.

Mesti orang ingat anak bongsu ni selalu dimanjakan tapi kenyataannya saya adalah anak yang sentiasa dipinggirkan.

"Sepanjang mak sakit stroke, dia tetap benci aku, dengan mulut herot dia sebut nama anak-anak kesayangan tapi mereka dah buang mak!"

Selalu harus mengalah kerana saya masih kecil dan pendapat tidak pernah diertikan kerana lebih muda.

Mak cakap saya adalah kesilapan, waktu mak dapat tahu dia mengandungkan saya, mak cuba segala macam cara untuk gugurkan saya tapi takdir Tuhan berkata sebaliknya. Kehidupan yang susah mem4ksa mereka untuk menafikan kewujudan saya sejak dari dalam rahim.

Baca Artikel Penuh