Selesaikan segera isu Doktor Kontrak, kerajaan jangan kedekut

Oleh MHDAILY

Selesaikan segera isu Doktor Kontrak, kerajaan jangan kedekut. Putrajaya diingatkan untuk tidak ‘kedekut’ terhadap doktor dan keperluan kesihatan ketika dalam tempoh krisis yang besar dan ia bukan masa untuk kerajaan membuang masa melakukan rundingan, kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Kata beliau, sekiranya kerajaan tidak mampu mengambil keseluruhan doktor kontrak sebagai kakitangan tetap, sekurang-kurangnya satu tawaran bonus yang besar pada akhir kontrak boleh dibuat.

“Ianya bukan wang bapa kamu. Bukan kerajaan hari ini yang kumpul dulu pun. Jangan pandang sahaja apabila rakyat kita sakit atau menafi keadaan sudah menjadi paling kritikal,” katanya di Facebook.

Baca Artikel Penuh