Ringgit Malaysia jatuh paling rendah disaat Menteri Kewangan gila berkempen untuk BN

Ringgit Malaysia jatuh paling rendah disaat Menteri Kewangan gila berkempen untuk BN

Ringgit Malaysia jatuh paling rendah disaat Menteri Kewangan gila berkempen untuk BN. Ringgit ditutup pada paras terendah baharu sepanjang masa berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan sentimen lemah dalam persekitaran dolar AS yang kukuh, kata penganalisis.

Memetik Berita Harian, pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.7425/7460 berbanding dolar AS daripada 4.7360/7400 pada Rabu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata ringgit berada di bawah tekanan pada kebanyakan sesi dagangan selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) menolak prospek membuat pusingan.

Pada sidang media pada Rabu, Pengerusi Fed, Jerome Powell membayangkan pendirian yang akan diguna pakai oleh bank pusat AS pada masa depan.

Powell berkata, beliau masih tidak melihat elemen yang akan memerlukan penangguhan untuk kenaikan kadar faedah tetapi keputusan yang lebih utuh akan diambil pada mesyuarat akan datang pada Disember.

Ringgit Malaysia jatuh paling rendah disaat Menteri Kewangan gila berkempen untuk BN

Mengenai kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM), Innes berkata bank pusat itu tidak mempunyai pilihan berikutan ia perlu bertindak balas terhadap tekanan inflasi yang meningkat.

“Oleh itu, kenaikan berkenaan adalah dijangka dan berkemungkinan akan mengubah pergerakan ringgit dalam jangka masa panjang,” katanya kepada Bernama.

BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, kenaikan keempat berturut-turut sejak Mei lalu, apabila Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) memutuskan untuk terus melaraskan tahap akomodasi monetari.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3353/3383 daripada 3.3551/3584 pada Rabu dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1992/2018 daripada 3.2185/2214.

Ia turut naik berbanding pound kepada 5.3372/3411 daripada 5.4445/4491 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6258/6292 daripada 4.6910/6950 sebelum ini.

BACA:

Kecoh laporan dakwa Ringgit Malaysia dah tak laku di Thailand

Harga keperluan naik 60 peratus jika tukaran ringgit capai RM5.50 bagi AS$1

Padah ringgit lemah, harga kereta dijangka naik menggila

CATEGORIES