Raden Zaharatul akui seksinya masih ada ‘limit’, mata nakal netizen pandang sesuatu pula

Oleh MHDAILY

Raden Zaharatul akui seksinya masih ada ‘limit’, mata nakal netizen pandang sesuatu pula. Pelakon baharu dikenali Raden Zaharatul, 23, menyifatkan dia bukan seorang wanita yang seksi berikutan masih lagi ada ‘limit’ dalam cara pemakaiannya dan gelaran itu (seksi) adalah subjektif.

Raden atau nama sebenarnya Raden Zaharatul Maisarah Afzzal Reehan berkata, dia juga tidak membuat perkongsian sewenang-wenangnya di Instagram seperti memakai bikini yang boleh dikecam netizen.

“Pada saya, apa yang dipakai tidak lagi di tahap seksi melampau. Tapi, mungkin pada orang lain pemakaian atas lutut saja dah nampak seksi, nampak betis pun seksi. Jadi, ia pandangan masing-masing.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Begitu juga, ada wanita yang bertudung, tapi pakai baju tak longgar sangat pun, orang akan kata seksi juga. Cuma, untuk saya sendiri memang cara pemakaian masih lagi ada limit,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Raden yang juga juara wanita bagi program Fit For Action di TV3 hadir pada sesi fotografi diatur bersamanya di Studio Balai Berita The New Straits Times Press (NSTP) Bangsar, semalam.

Raden Zaharatul akui seksinya masih ada 'limit', mata nakal netizen pandang sesuatu pula

Raden yang kini muncul sebagai heroin dalam drama My Mister Blind Date untuk slot Akasia TV3 berkata, dia amat teruja kini mendapat peluang sebagai pelakon utama.

“Saya dah mula berlakon kira-kira empat tahun lalu sebagai extra. Kemudiannya, jadi pelakon pembantu dan ketika itu, dalam hati memang ada simpan keinginan bilalah akan dapat peluang watak utama.

“Alhamdulillah, sekarang saya dapat berlakon dalam drama My Mister Blind Date arahan Idora Abdul Rahman dan berganding dengan pelakon Hafidz Roshdi sebagai hero,” katanya.

Mengulas juga debarannya berlakon dengan Hafidz yang berstatus ‘suami orang’, Raden berkata, dia selesa berbincang bersama rakan pelakon dan pengarah.

“Saya dimaklumkan Hafidz seorang pelakon yang berperwatakan alim, jadi saya amat menghormatinya. Oleh itu, kami akan sentiasa berbincang di set untuk melancarkan penggambaran sebanyak 28 episod,” katanya.

Raden yang amat meminati karier seni, hingga kini sudah membintangi beberapa drama seperti Ajak Oh Ijal, Cik Sempurna, Kisah Cinta Rumi, Siapa Ramie, Suatu Hari Satu Ketika, Inspektor Babyface dan Kerana Cinta Itu Ada.

BACA:

Ringgit Malaysia jatuh paling rendah disaat Menteri Kewangan gila berkempen untuk BN

Ibu risau anak suka lukis gambar misteri, ‘selalu bersendiri, ketawa apabila ditegur’

Shiela Rusly naik angin, hilang sabar dengan peserta, “baru hari pertama tu..”