“Real gila Eman Manan bagi penampar..”, Pok Ya Concodei buat hal lagi. ” Aku wi mu seminit, kalu dok buke pintu aku pecoh!”
Itu dialog pelakon berkaliber, Eman Manan yang membawakan watak sebagai Muda Primula dalam drama terbaru Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti, drama terbaru arahan pengarah tersohor, Sabri Yunus.
Muda Primula, watak seorang lelaki ‘gedebe’ yang dilakonkan Eman Manan yang begitu berkes4n sekali ternyata mencetus fenomena tersendiri meskipun baru memasuki episod ke-3.
” Wat tubik habih mende hk ade dalam rumah mu..lembing, tombak, parang, golok, keris..kalu ada pistoI wat tubik pistoI” kata Muda Primula dengan loghat Terengganu.
Berdasarkan komen warganet, babak itu antara paling mencur1 perhatian kerana lakonan bersahaja Eman Manan yang diakui antara pelakon ‘lejen’ di Malaysia.
Bergandingan bersama Sabri Yunus yang membawakan watak sebagai Pok Ya, ‘duo’ ini dikatakan gandingan terbaik dan terbukti telah membuatkan peminat meremang bulu roma melihat aksi mereka.
Malah, penampilan pelakon-pelakon lain yang tidak disangkal sebagai antara pelakon hebat di Malaysia seperti Farid Kamil, Wan Hanafi Su, Saidi Sabri dan Issey Titan menjadikan drama ini dalam kelas tersendiri.
” Meremang tengok Eman Manan belakon,dia punya aura tu lain macam..
” Sepanjang idup..rasenya ni bru drama realiti.. kalu tak cite drama asyik pejabat besor dan orang-orang kaya..terbaik Pokya dan legend-legend yang lain..
” Memang terbaik semua berlakon selamba je macam dok sembang kedai kopi relax jer. Best sangat cite macam tak serabut dengan kisah cinta..
” Baru episod 3… tengok cerita ni jadi tak puas.. Ni belum lagi episod yang akan datang… Memang terbaik..dengan drama yang bersahaja je..” tulis warganet.
Apa maksud ‘gedebe’ sebenarnya?
Selain itu, drama arahan Sabri Yunus ini dipuji kerana menyelitkan babak tersirat di mana beliau cuba mengajak orang ramai untuk memahai maksud sebenar ‘gedebe’ yang sinonim dengan orang pantai timur itu.
Sabri cuba memberitahu orang ‘gedebe’ sebenarnya bukan kaki gaduh semata-mata sebaliknya 1ndividu yang dihormati dan menjadi orang tengah di mana nasihat mereka selalunya akan didengar oleh 2 pihak yang berselisih faham.
Sebagai contoh babak ketika Muda Primula (Eman Manan) memanggil Nasir untuk bersemuka dengan menantunya Jebat bagi menyelesaikan pergaduhan antara mereka.
Muda Primula antaranya menasihatkan Jebat untuk pulang ke rumah Nasir dan bermalam di sana.
Sementara itu Nasir pula dinasihatkan agar mengajak satu keluarga untuk solat berjemaah dan Nasir menjadi imam.
Terdahulu, sambutan hangat terhadap telefilem Pok Ya Cong Codei yang mencetuskan fenomena pada 2018 diikuti sekuel, Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati yang ditayangkan pada tahun sama mendorong pengarah, Sabri Yunus menghasilkannya dalam bentuk drama bersiri.
Sabri menjelaskan pembikinan drama rantaian 16 episod berjudul Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti dibuat atas permintaan peminat termasuk stesen penyiar.
” Tidak dinafikan saya banyak menerima pertanyaan penonton yang mahu drama Pok Ya Cong Codei disambung. Mereka ingin tahu apa kesudahan terhadap watak Siti yang melarikan diri.
” Kebetulan stesen penyiar meminta saya menyambung kisah yang pernah dipaparkan dalam telefilem dan mahu diterbitkan dalam bentuk drama bersiri.
” Maka saya hasilkan skrip yang berkisar kepada apa yang berlaku selepas Siti menghilangkan diri.
” Untuk drama bersiri ini, cerita yang bakal diketengahkan ada konflik yang berlaku antara Pok Ya dan orang di sekelilingnya… Selebihnya kenalah tengok sendiri,” katanya.
Masih mengekalkan pelakon asal, Sabri yang pernah mengarahkan telefilem hebat seperti Sanggul Beracun menjelaskan mereka memperkenalkan wajah baharu dalam drama rantaian itu.
” Untuk drama bersiri ini, kami membawa dua pelakon hebat iaitu Eman Manan dan Farid Kamil. Mereka akan membawa watak samseng.
” Turut ditampilkan adalah Angeline Tan dan Azizul Amar. Ramai yang sedia maklum saya jarang ambil pelakon nama besar. Kebanyakan pelakon saya memamg agak ‘rare’.
” Namun, atas permintaan stesen penyiar, saya jemput dua nama besar untuk terbabit dalam siri ini.
” Eman dipilih kerana saya perlukan pelakon yang lebih kurang sebaya dengan saya. Farid pula, selain ada nilai komersial, saya percaya dengan bakatnya,” kata sutradara berusia 60 tahun ini.
Sabri menambah, antara pelakon yang tidak dikekalkan untuk projek drama bersiri itu adalah Fikry Ibrahim dan Uqasha Senrose.
” Kedua-dua watak ini tidak dikekalkan kerana kisah mereka sudah ditamatkan dalam telefilem.
” Bagi drama bersiri ini, ia adalah kesinambungan kepada karakter yang masih lagi ada di sekeliling Po Ya dan juga watak baharu,” katanya.
Berkongsi cabaran ketika penggambaran filem, anak jati Kelantan ini berkata, cuaca menjadi kekangan utama yang terpaksa dihadapi produksi.
” Lokasi drama bersiri ini dilakukan di tiga tempat iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur. Kita mengambil masa 56 hari untuk disiapkan.
” Cabaran dihadapi ketika penggambaran di Kelantan. Dengan keadaan cuaca yang kurang baik, tidak banyak babak yang dapat dihasilkan.
” Namun, tidaklah sampai mencacatkan jalan cerita. Mujur cuaca di Kuala Lumpur agak baik dan penggambaran lancar dan sempurna,” katanya.
Terdahulu, ketika mula diperkenalkan pada Januari 2018, watak Pok Ya iaitu gedebe atau samseng dari Kelantan yang datang ke Kuala Lumpur menjadi buah mulut ramai dan fenomena hingga ke hari ini.
BACA:
Neelofa jadi ‘stress’ selepas lahirkan Bilal, ini rupanya yang jadi
Majlis bersama sekolah tahfiz dicemari dengan aksi gadis gelek buat ‘show’
Kata-kata finalis Miss Malaysia ini boleh buat gaduh, netizen suruh halau!