Rakyat makin derita OPR naik, BNM jelas hal sebenar sebab kenaikan

Oleh MHDAILY

Rakyat makin derita OPR naik, BNM jelas hal sebenar sebab kenaikan. Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan Kadar Semalaman (OPR) iaitu penanda aras untuk menentukan kadar faedah pinjaman bank bertujuan memastikan kestabilan harga dan kemampanan pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang.

Kenaikan itu perlu dibuat bagi mengelakkan turun naik harga yang keterlaluan dalam ekonomi, kata Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Katanya, langkah menaikkan kadar itu juga adalah bagi mengelakkan kenaikan kadar faedah pinjaman bank lebih agresif pada masa hadapan.

“Bagi menangani krisis ekonomi ketika pandemik COVID-19, kita mengurangkan OPR sebanyak 125 mata asas secara kumulatif daripada 3.00 peratus kepada 1.75 peratus (sejak 7 Julai 2020), iaitu paras OPR yang terendah dalam sejarah.

Baca Artikel Penuh