Honda Civic hilang di Genting Highland ditemui semula, dah bertukar warna pulak…

Oleh MHDAILY

Honda Civic hilang di Genting Highland ditemui semula, dah bertukar warna pulak. Honda Civic Type R yang dicuri di Genting Highlands 16 Julai lalu telah dijumpai semula di kawasan tempat letak kereta sebuah kondominium di Sepang, petang 19 Julai.

Namun, kereta milik warga Singapura yang hilang di Avanue Sky, Genting Highland itu telah dicabut pelekat decal racing dan ditukar nombor plat asal ke nombor plat Malaysia oleh pencuri untuk elak dikesan.

Memetik portal dari Singapura, seorang pengawal keselamatan ternampak satu Honda Civic yang ‘mencurigakan’ masuk ke premis kondominium.

Polis Bentong menyatakan kenderaan terbabit disorokkan dalam premis kondominium itu pada hari sama kenderaan terbabit dicuri.

Pengawal keselamatan membuat keputusan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis selepas melihat pelekat decal memenuhi badan kereta berkenaan, bahkan warna kenderaan juga sama seperti yang tular di media sosial.

Honda Civic hilang di Genting Highland ditemui semula, dah bertukar warna pulak...

Sejurus pihak polis sampai ke lokasi, kereta itu disahkan kenderaan yang dicuri. Polis memuji tindakan pantas pengawal keselamatan itu berjaya menyelesaikan kes yang melibatkan dua negara berjiran ini.

Pemilik Honda Civic itu yang dikenali sebagai Damien memberitahu Mothership.sg, berdasar ‘pengecaman awal’ didapati pencuri telah mengeluarkan rim 18-inci, sistem audio dan kamera daripada keretanya.

“Paling penting sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Polis Malaysia dan anggota terlibat kerana berjaya bantu temukan semula kereta saya yang hilang,” ujar Damien menerusi Mothership.sg.

Damien menyatakan dia akan kembali ke Malaysia bersama keluarga pada Isnin minggu hadapan untuk mengambil semula keretanya dan menghantarnya ke bengkel untuk melihat kesan kecurian lebih teliti.

BACA:

Zara Zya akhirnya buka mulut jelas hubungan ‘istimewa’ dengan Shuib

Tokti keluar RM10,000 sebulan untuk belanja sekolah Aafiyah dan Afwa

Cuaca terlalu panas buat landasan cair, Britain henti penerbangan