Presiden Amanah kemuka saranan agar wujud Afghanistan baru yang aman

Presiden Amanah

Presiden Amanah kemuka saranan agar wujud Afghanistan baru yang aman.Rentetan situsi terkini di Afghanistan, berikut beberapa saranan yang saya kemukakan kepada pertubuhan-pertubuhan di Afghanistan, negara-negara jiran dan badan badan antarabangsa.

Kesemua pertubuhan dan kumpulan politik di Afghanistan perlu segera berbincang untuk mewujudkan Afghanistan baru yang aman agar tumpuan dapat diberikan kepada pembangunan negara yang musnah sejak puluhan tahun berada dalam situasi perang.

Negara-negara jiran seperti Pakistan dan Iran perlu melayan sebaik-baiknya pelarian-pelarian Afghanistan yang memasuki negara mereka. Begitu juga pihak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu khususnya agensinya seperti UNHCR perlu memainkan peranan dalam menguruskan limpahan pelarian ini agar keperluan dan kebajikan mereka terpelihara.

Presiden Amanah

Negara-negara jiran juga khususnya Pakistan dan Iran perlu memainkan peranan membantu dalam proses keamanan Afghanistan agar negara tersebut kembali pulih setelah beberapa dekad berada dalam peperangan dan tidak ada lagi negara negara luar menjadikan Afghanistan sebagai medan peperangan proksi mereka.

Semoga segala usaha yang dilakukan akan memberi harapan baru kepada rakyat Afghanistan.

Mohamad Sabu
Presiden
Parti Amanah Negara
Sumber:

BACA: Terkini !!! Agong dijangka umum siapa PM baharu

CATEGORIES