Terkini !!! Agong dijangka umum siapa PM baharu

Oleh MHDAILY

Agong dijangka umum siapa PM baharu. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka mengumumkan pelantikan perdana menteri baru selepas mengadakan satu pertemuan khas dengan Raja-Raja Melayu, hari ini.

Pertemuan khas yang membabitkan sembilan sultan, termasuk Seri Paduka itu, akan bersidang pada jam 2.30 petang.

Ismail Sabri Yaakob dijangka menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, selepas dia melepaskan jawatannya itu pada Isnin lalu susulan mengakui bahawa dirinya telah kehilangan sokongan ahli parlimen.

Baca Artikel Penuh