Porsche tersadai tepi jalan sebab habis petrol, rider bantu tong minyak sorang sikit

Oleh MHDAILY

Porsche tersadai tepi jalan sebab habis petrol, rider bantu tong minyak sorang sikit. Dalam perjalanan jauh adakalanya kita diuji dengan cabaran dan dugaan yang tak dijangka-jangka.

Bagaimanapun, masih ada pengguna jalan raya lain yang baik datang membantu walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

Baru-baru inu netizen memuji sekumpulan konvoi motosikal dalam perjalanan pulang dari Hatyai yang membantu sebuah Porsche GT3 RS kehabisan minyak dan terkandas di tepi lebuhraya.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Porsche tersadai tepi jalan sebab habis petrol, rider bantu tong minyak sorang sikit

Dalam video yang yang dikongsikan TikTok @fahmi_ahmaddd beliau berkongsikan pengalamannya bersama rakan-rakam konvoi membantu kereta Porsche kehabisan minyak.

“Dalam perjalanan balik dari Hatyai terserempak dengan kereta habis minyak tepi jalan. Kebetulan kawan yang bawa Yamaha 125R kuning ada bawa minyak spare terus bagi bantuan.

“Bagaimanapun minyak tidak cukup dan kereta tidak dapat hidup. Jadi kami buat keputusan untuk kumpul minyak daripada motosikal masing-masing seorang sedikit,” tulis Fahmi dalam video tersebut.

@fahmi_ahmaddd Kadang2 Allah hadirkan seseorang itu bersebab😬 . Jangan berhenti buat baik😆 #chinesenewyear2023 #porschegt3rs #meanmachine #mxmachine ♬ Semoga Engkau Bahagia – Ziell Ferdian

Selepas itu mereka sekali lagi memasukkan minyak yang mereka kumpul untuk hidupkan sportcar itu, dan kereta tersebut berjaya dihidupkan semula.

BACA:

Swiss Roll buatan Malaysia ditarik balik oleh Singapura, “ramai yang terkena..”

Cubaan cikgu ‘sakau’ duit BAP gagal, dah kantoi pun tak reti minta maaf..