Polis saman individu berpeluk ketika ‘live’ AJL36

Oleh MHDAILY

Polis saman individu berpeluk ketika ‘live’ AJL36. Pada hari Ahad lalu, Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan menobatkan lagu Pelukan Angkasa sebagai juara.

Terbaharu, seramai tujuh individu termasuk penganjur majlis AJL 36 telah dikompaun RM7,000 oleh pihak polis kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof, berkata tujuh individu itu dikompaun RM1,000 seorang mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) PPN 2021.

Baca Artikel Penuh