Akhirnya polis jawab isu tahan ambulans lalu untuk beri laluan kepada VVIP

Oleh MHDAILY

Akhirnya polis jawab isu tahan ambulans lalu untuk beri laluan kepada VVIP. Tindakan polis menahan sebuah ambulans di susur Jalan Danga Bay ke Jalan Johor Bahru ketika melakukan kawalan lalu lintas pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Angsana Johor Bahru Mall di sini Sabtu lepas, bertujuan mengelakkan risiko besar kemalangan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata sekiranya anggota trafik memberi laluan hijau kepada ambulans, dikhuatiri akan berlaku pertembungan antara ambulans dan kenderaan konvoi di laluan turun bukit dan 100 meter di hadapan lebih awal antara jalan utama dan jalan keluar dari susur Jalan Danga Bay.

“Semasa kejadian, ambulans yang datang dari arah susur Jalan Danga Bay tetap diberikan keutamaan laluan, malah anggota bertugas turut memberi ruang laluan kepada ambulans antara kenderaan lain untuk maju ke hadapan.

Baca Artikel Penuh