Polis sahkan sudah serah kompaun kepada MB Kedah

Oleh MHDAILY

Polis sudah menyerahkan kompaun kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila memandu uji sebuah kenderaan di Auto City Juru, Bukit Mertajam di sini, pada bulan lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain bagaimanapun enggan memaklumkan nilai kompaun yang dikenakan kepada Pengarah Pilihanraya Pas Pusat itu.

“Kompaun telah diserahkan semalam, nilai kompaun tanya pada tuan badan sendiri,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, pada Isnin.

Baca Artikel Penuh