Panas !!! Sidang parlimen bakal ada ‘usul tergempar’?

Panas !!! Sidang parlimen bakal ada ‘usul tergempar’?

Sidang parlimen bakal ada ‘usul tergempar’. Mesyuarat Khas Dewan Negara yang dijadualkan pada 3 hingga 5 Ogos ini akan memberi tumpuan kepada urusan penerangan serta pembentangan Proklamasi Darurat dan tidak timbul isu-isu usul di luar dugaan.

Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dr Rais Yatim berkata sebarang persoalan, penjelasan atau hak penerangan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara akan dipertimbangan mengikut kerelevanannya.

“Urusan-urusan yang telah ditetapkan adalah membentangkan Proklamasi Darurat, Ordinan-ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat itu mengikut Perkara 150 (3), Perlembagaan Persekutuan, membentangkan Proklamasi Darurat (mengenai Pilihan Raya Parlimen Gerik, Perak, Pilihan Raya Negeri Bugaya, Sabah).

parlimen

“Urusan lain yang ditetapkan adalah penerangan daripada menteri-menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 13(1)(i), peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara berhubung Pelan Pemulihan Negara, program vaksinasi, pelaksanaan darurat dan pakej-pakej bantuan ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rais berkata beliau dimaklumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku ketua majlis bahawa mesyuarat khas tersebut mustahak diadakan kerana ia adalah bagi faedah orang ramai dan perlu diadakan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Rais berkata pemakluman Muhyiddin itu adalah selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 10 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

Selain itu, beliau menjelaskan persidangan khas itu adalah di luar kuat kuasa tempoh darurat dan Peraturan Mesyuarat biasa akan dikuatkuasakan dalam menjalankan prosedur persidangan sepanjang persidangan tersebut.

Rais berkata bagi memastikan mesyuarat khas itu berlangsung dalam keadaan selamat, segala prosedur operasi standard (SOP) ketat anti-Covid-19 yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dikuatkuasakan sepanjang masa.

Setiausaha Dewan Negara Muhd Sujairi Abdullah akan menyusul dengan mengeluarkan pemberitahu berkenaan mesyuarat khas itu kepada semua Ahli Dewan Negara.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/583696

BACA JUGA : Laporan polis terhadap Caprice isu Ebit Lew?, Ini penjelasan JSJ