Nur Aisya, seorang pengguna laman sosial Facebook, telah berkongsi sebuah resepi nasi lemak berserta dengan ‘rahsia’ untuk membuatnya lebih sedap.
Beliau menyatakan bahawa resepi ini merupakan yang paling sedap selepas beberapa kali mencuba berbagai resepi sebelum ini.
Jika anda mengikuti cara ini, dijamin nasi lemak akan memiliki rasa masin, harum, dan lemak yang mencukupi.
Jika ingin mengetahui resepi tersebut, mari kita ikuti perkongsian lengkap daripada beliau di bawah.
RAHSIA RESEPI NASI LEMAK ‘TERSEDAP’
Berikut merupakan perkongsian oleh Nur Aisya:
“Setelah membuat kajian dan mencuba pelbagai cara. Bagi saya ini cara tersedap buat nasi lemak.”
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bawang besar hiris
Halia hiris
Halba
Daun pandan
Beras
Santan
Air
Garam
Gula
Cara penyediaannya:
1. Mula-mula, tumis bawang besar dan halia yang telah dihiris beserta halba dan juga daun pandan sehingga naik bau.
2. Apabila bahan tumisan sudah wangi, masukkan pula beras dan goreng bersama bahan tumis tadi.
3. Akhir sekali, tuangkan santan dan air. Masukkan juga sedikit garam dan secubit gula.
4. Hasilnya sangat sedap, rasa macam nasi lemak orang tua dulu-dulu. Selamat mencuba!