Pengantin batalkan kenduri kahwin, arah makanan kenduri dibawa ke pusat pemindahan banjir

Oleh MHDAILY

Pengantin batalkan kenduri kahwin, arah makanan kenduri dibawa ke pusat pemindahan banjir.Bencana banjir di Lembah Klang dan beberapa tempat kini dalam keadaan yang membimbangkan. Malah, rakyat ketika ini bersatu hati menghulurkan bantuan untuk mereka yang terjejas.

Terbaharu, sebuah video TikTok tular di media sosial memaparkan majlis persandingan pasangan pengantin di Meru, Klang terpaksa dibatalkan berikutan venue majlis itu dijadikan sebagai pusat penempatan mangsa banjir.

Menarik perhatian netizen apabila pasangan pengantin dan keluarga sebulat suara memberikan makanan ketika majlis tersebut kepada para mangsa banjir yang berada di situ. Difahamkan, jemputan pengantin seramai seribu tetapi dikurangkan kepada 300 orang lalu disebabkan terkandas di situ maka makanan diagihkan kepada para mangsa.

Rata-rata netizen berasa terharu kerana pengantin tersebut sanggup berkongsi rezeki dengan para mangsa. Malah, para netizen turut mendoakan perkahwinan mereka diberkati dan berharap selepas bencana ini berakhir majlis persandingan mereka dapat dilaksanakan.

 

Pengantin

@erinereneMkn lauk kenduri majlis dibatalkan. Mkn dkt pusat memindahan banjir Meru, klang. Tq katering GGH ##banjir ##banjirklang ##merubanjir ##mangsabanjir

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga berharap pasangan tersebut akan bahagia selalu dan memuji tindakan pasangan pengantin tersebut. Misi menyelamat kini masih giat dijalankan dan diharap bantuan akan segera sampai kepada mereka yang terperangkap.

Baca:

Jumlah kematian akibat banjir meningkat, kini 34 kes direkodkan
“Warga Indonesia selamatkan kami, mana agensi kerajaan?”, Noh Omar terkedu
Video dan gambar : Cerita banjir di Klang, Shah Alam dan Hulu Langat
Baca Artikel Penuh